“Dia Tengok Orang Lain Dengan Suami…” – Bapa Gembira Beraya Di Sana, Syada Dedah Apa Yg Jadi Dgn Ibunya

Sejak semalam, kecoh tentang kelibat penyanyi popular 80-an, ND Lala sedang beraya bersama keluarga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Seperti yang ramai tahu, Syada Amzah sebelum ini mendedahkan bahawa bapanya itu menghilang dan tiada ahli keluarga yang dapat menghubunginya.

Dalam pada itu, Syada turut berkongsi keadaannya dan ibu ketika menyambut Aidilfitri baru-baru ini tanpa kehadiran ND Lala bersama keluarganya.

Menerusi Instagram story, adik Shila Amzah itu berkata dia terasa lain pada hari Raya tahun ini apatah lagi melihat yang lain lengkap bersama anak, bapa, ibu, pasangan dan keluarga masing-masing.

Lebih membuat dia rasa sebak apabila melihat ibunya, Fauziah Sarman hanya memerhatikan orang lain beraya bersama keluarga masing-masing selain turut tidak boleh mendengar lagu raya sedih.

Dia (ibu) layan je I beraya, ikut je apa I nak makan. Tapi I kesian tengok dia sebab mesti sambil beraya tu dia tengok je orang lain dengan ibu bapa, suami dan anak-anak. Patah hati saya (tengok).”

Advertisement

Syada turut berkongsi video pendek yang disunting olehnya ketika Raya pertama di mana dia memakai baju merah jambu sedondon dengan Fauziah.

Menerusi video itu, mereka berdua dilihat bersalaman Raya di dalam kereta dan Fauziah kemudian tidak dapat menahan air mata dan menangis sebelum dipeluk oleh Syada.

Sumber BN.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*