DITUDUH mempunyai hubungan bersama seorang model dan ratu cantik Nadira Isaac, pelakon dan pelawak Harith Iskander tampil menjawab spekulasi tersebut.
Kata Harith atau Harith Iskander Musa, 58, perkara tersebut hanyalah gosip semata-mata bagi meraih perhatian orang ramai.
Harith menjelaskan, dia pada awalnya tidak mengetahui berkenaan gosip tersebut sehingga dimaklumkan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim.
“Ikhlas saya cakap, saya tak baca apa-apa cerita daripada netizen. Bagi saya ada orang yang ingin mengambil kesempatan untuk dapatkan perhatian buat diri mereka.
Dr Jezamine masih menguruskan karier bekas suaminya.
“Bagi saya benda-bensa macam ini akan panas sekejap dan kemudiannya ‘mati’ terus,” katanya kepada mStar.
Harith menjelaskan perkara itu ketika ditemui selepas perbicaraan kes hadanah dan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sementara itu, Dr Jezamine, 41, pula memberitahu Nadira merupakan kenalannya namun model cantik itu bukan punca kepada penceraiannya dengan Harith.
“Itu hanya spekulasi, jangan ambil serius. Janganlah tumpu perhatian pada dia, buang masa saya sahaja.
“Kami hanya kenal-kenal, bukan kawan. Jumpa di acara, hanya ‘hi bye’ sahaja. Bukan macam duduk lepak dan keluar bersama,” ujarnya.
Turut bersetuju bahawa perkara tersebut ibarat menangguk di air yang keruh, Dr Jezamine secara sinis memaklumkan dia kini sedar siapa kawan dan juga lawan.
“Pada saya, bila isu ini mendapat perhatian media, ramai yang nak mengambil kesempatan. Jadi, sekarang ini saya sudah tahu siapa kawan sebenarnya dan siapa mahu meraih perhatian media,” ujarnya.
Ketika ditanya adakah Nadira menghubunginya selepas gosip tersebut timbul, usahawan itu berkata, dia tidak mahu berhubung dengan mana-mana individu yang mendatangkan aura negatif dalam kehidupannya.
Benda-benda macam ini akan panas sekejap dan kemudiannya ‘mati’ terus.
HARITH ISKANDER
PELAWAK
“Saya tak nak berhubung dengan sesiapa (selepas penceraian) kerana saya dan Harith tidak mahu mempunyai hubungan dengan mana-mana individu yang negatif.
“Kalau kita tahu seseorang itu begitu (negatif), jadi lebih baik jauh saja dari mereka,” ujarnya.
Sebelum ini timbul spekulasi yang mengatakan Nadira merupakan punca kepada penceraian Harith dan Dr Jezamine.
Menjawab isu berkenaan, Nadira menafikan tuduhan tidak berasas tersebut dan memaklumkan dia langsung tidak ada kaitan dengan perceraian pasangan itu.
Nadira juga menyangkal dakwaan mempunyai hubungan dengan Harith.
Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu.
Penceraian tersebut berlaku disebabkan tiada lagi persefahaman di antara mereka berdua.
Untuk rekod, Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply