Dimabukkan dan dirogol bakal abang ipar sebelum dapat menempuh malam pertama bersama bakal suami. Mangsa yang kini mendirikan rumah tangga membuat laporan polis kerana bimbang suspek mengganggu kehidupannya.
Diperkosa bakal abang ipar, bukan saja dipaksa meneguk minuman keras hingga mabuk, malah turut dirogol bakal abang iparnya dalam kejadian di rumah sewa di Jalan Sultan Tengah, di sini.
Mangsa berusia 18 tahun mendakwa kejadian itu berlaku tiga minggu lalu, namun hanya membuat laporan polis malam kelmarin.
Menurut sumber, mangsa mendakwa, kejadian itu berlaku apabila bakal abang ipar berusia 20-an itu turut mengugut memukul mangsa menggunakan botol jika enggan melayan nafsu serakahnya.
“Mangsa yang kini mendirikan rumah tangga membuat laporan polis kerana bimbang suspek mengganggu kehidupannya.
“Dalam laporan dibuat pada jam 9 malam semalam (kelmarin), mangsa mendakwa kejadian itu berlaku di rumah sewa lelaki berkenaan yang bakal menjadi suami kepada kakaknya.
Mangsa tidak berani membuat laporan polis lebih awal kerana takut diugut suspek.
“Suspek mengugut mengupah rakan untuk membelasah mangsa jika mendedahkan perbuatan itu kepada ahli keluarga menyebabkan terpaksa merahsiakan kejadian yang berlaku,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas tidak tahan penderitaan ditanggung, mangsa akhirnya memberanikan diri membuat laporan di Balai Polis Santubong.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sumber KRT
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply