JIKA Kau Kekasih. Itu sepotong perkataan yang digunakan sebagai judul bagi sebuah lagu balada yang menjadi periuk nasi buat insan bernama Linda Nanuwil.
Lagu hasil nukilan dan tulisan Mohd. Faizal Maas dan penyanyi, Noorulhuda Ab. Wahab yang diluncurkan pada 2005 itu juga dilihat masih malar segar dan menjadi siulan hingga ke saat ini.
Buktinya, lagu tersebut masih menjadi senarai lagu yang diputarkan penyampai di corong-corong radio berbahasa Melayu di negara ini.
Itu juga yang membuatkan nama Linda masih kekal disebut-sebut waima adakala dia seperti ada dalam tiada.
Bertentang mata bersama penyanyi asal kelahiran Ranau, Sabah itu baru-baru ini, Linda memberitahu masih aktif menyanyi, sekali gus mempertahankan keberadaannya dalam dunia muzik yang dicintai.
“Saya masih ada lah. Masih lagi menyanyi dan berlakon seperti biasa. Cuma saya akui sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, saya agak perlahan sedikit.
“Tapi perlahan itu bukan bermaksud saya terus ghaib daripada industri. Bukan juga bermaksud saya menyepi tanpa sebarang produk,” katanya membuka bicara bersama HibGlam.
LINDA bersyukur rezekinya dalam dunia seni masih diterima hingga ke saat ini.
Linda atau pemilik nama sebenarnya Norlinda Nanuwil itu bersyukur kerana rezeki dalam bidang seni masih berpihak kepadanya hingga ke detik ini.
Akui penyanyi berusia 37 tahun itu, biarpun keberadaannya disifatkan seperti ‘ada dalam tiada’, tetapi realitinya dia tetap ada untuk terus menghiburkan peminat.
Selain konsert, beritahu Linda dia juga turut menerima beberapa tawaran lakonan seperti telefilem sebagai menambah punca pendapatan.
“Ramai juga yang kata saya dah lama tak menyanyi dan tiada lagu baharu. Tak kurang juga yang cakap saya asyik berlakon saja dan selalu nampak muka dalam kaca televisyen.
“Kalau ikutkan, nyanyian masih menjadi keutamaan dan sebagai mata pencarian utama. Lakonan hanya sebagai tambahan dan suka-suka.
“Tapi ada juga tawaran lakonan yang terpaksa ditolak secara baik disebabkan kekangan masa dan tawaran saat akhir,” ujarnya yang menduduki tempat kelima dalam program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) tahun lalu.
Meneruskan bicara, naib juara Akademi Fantasia (AF) musim kedua itu sekali lagi mengakui, perjalanan seni hingga ke saat ini disifatkan sebagai satu hal yang tidak mudah untuk untuk dikemudikan.
Katanya, dari dahulu lagi, setiap keputusan berhubung kariernya diuruskan sendiri dan adakala dibantu pengurus peribadinya.
“Sebab itu rasanya saya tenggelam timbul. Bukan kerana tak ada produk tetapi kekangan masa untuk aturkan semua perkara termasuk promosi.
“Semasa baru nak naik dan bernafas semula, negara pula dibadai pandemik sampailah ke saat ini. Jadi aktiviti promosi dan kerangka seni itu turut terkait dan terkesan.
“Tak mudah sebenarnya nak bergerak sendiri apatah lagi secara solo. Selepas habis GV tahun lalu, memang agak perlahan sedikit aktiviti seni saya, tapi bukan bermakna kontang terus,” katanya.
Katanya, apapun berlaku dia tetap bersyukur kerana bakatnya masih ditagih dan diterima hingga ke saat ini.
Sumber Kosmo.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply