Terima banyak soalan tentang kesihatan… Elyana bukan pakar, tak mampu jawab semua

PENYANYI Elyana kurang senang apabila ada netizen merujuk dirinya bagi bertanyakan hal berkaitan penyakit terutamanya mengenai kanser.

Kata Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 34, dia bukanlah seorang pakar perubatan yang mampu menjawab setiap persoalan diberikan.

“Minta maaf, saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapatkan jawapan tentang penyakit.

Copy of Untitled - 2024-07-16T180938.458

Elyana meluahkan rasa geram menerusi hantaran di InstaStory.

“Saya pun pesakit seperti anda, berat jadi saya ini. Nak layan semua orang bila orang perlukan,” katanya menerusi hantaran di InstaStory pada Selasa.

Dalam pada itu, Elyana turut meluahkan rasa terkilan apabila sering menjadi mangsa kecaman netizen.

Lebih menyedihkan apabila dia dilabelkan dengan gelaran yang tidak baik.

“Bila ada yang tak kena di mata orang, maki hamun saya macam saya tidak ada perasan.

“Korang kata saya ahli neraka, tak kan masih nak minta tolong saya. Ramai lagi orang yang bijak pandai dekat luar sana,” ujarnya.

Untuk rekod, pada Disember 2021, Elyana disahkan bebas daripada penyakit kanser limfoma selepas 11 tahun berjuang melawan penyakit tersebut.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*