Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai desas-desus rumah tangga kakak kepada selebriti tersohor Neelofa iaitu Noor Nabila dengan suaminya, Engku Emran yang dikatakan sudah retak menanti terbelah.
Kisah luar biasa, petunjuk yang dikehendaki-Nya
Terbaharu, perkongsian Engku Emran yang juga ahli perniagaan dilihat berkongsi sesuatu di laman Instagram miliknya mengenai rasa kagum apabila seorang paderi Katolik terbuka hati memeluk agama Islam.
Pemilik nama Engku Emran Engku Zainal Abidin telah menyiar semula (repost) kisah seorang paderi bernama Hilarion Heagy yang kini dikenali dengan nama Islam, Said Abdul Latif.
“Kisah yang luar biasa. Alah SWT beri petunjuk atau hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki,”tulis Engku Emran.
Meskipun ia sekadar coretan, namun mempunyai kisah positif yang wajar dicontohi dan dijadikan pedoman buat semua orang terutama beragama Islam.
Terdahulu, sumber memberitahu perkahwinan Engku Emran dengan Noor Nabila didakwa berakhir dan kini dalam proses perceraian.
“Status mereka masih tergantung. Apapun doakan saja mereka,” katanya kepada media.
Katanya lagi, mereka berdua sudah tidak tinggal sebumbung dan menguatkan dakwaan ‘perpisahan’ adalah kelibat Engku Emran sewaktu menghantar Nabila dan anaknya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah semalam juga tidak kelihatan.
Sekadar info, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021. Namun, sebelum ini masing-masing pernah mendirikan rumah tangga di mana Engku Emran berkahwin dengan selebriti jelita, Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Selain itu, dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor kacak, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Antara komen netizen,
Mungkin Contohnya Petunjuk Dah Diberi Bila Org Ckp Hati2 Nak Masuk Famili Kim Kardashian Malaysia Ni, Tp Degil Kan Dah Suka.
Bang Engku.. Dekat Mana Ada Buat Belon Udara Panas.. Nk Melamar Isteri La..
Apabila Cantik Luaran Yang Di Pilih Maka Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit Di Makan Usia.Tetapi Kalau Iman Dan Akhlak Yang Di Pilih Pasti Akan Sakinah Sesebuah Rumah Tangga Itu.Bila Cantik Tetapi Tidak Ada Akhlak Susah Untuk Di Tarbiah Dan Tarbiah Itu Akan Melantun Kerana Tidak Sepakat.Cari Lah Perempuan Yang Cantik Akhlak Nye Insyaallah Keluarga Akan Tenteram
Ni Bukan Petunjuk Dh..Kadang² Salah Diri Sendiri Perancangan ALLAH Semua Yea Baik Pada Manusia Dan Sekalian Alam..Kita Yg Memilih Baik Or Xbaik
AP LG Dia Nk ..Nk Yg Mak Dara Dapat..Anak Dara Pun Dia Dapat..Semua Xserasi ..Engku Nk Yg Mane??Yg Da Monopoli Agaknye..
Seronok Aaa Diaaa,Semua Dia Dapat Rasa.Retis Plak Tu.Tapi Selalu Nya Last Sekali Dia Akan Kekal Dgn Seseorang Perempuan Yang Betol2 Memahami Dia
Lau Jmpe Petunjuk Xjmpe Hidayah……… Kawen Cerai Je Laa…. Baik Jmpe Tuhan Jee
Ko Ni Meran Kalau Kawin Dgn Anju Pastu Cerai Mau Tobat Nak Kawin Cerai Lg Dh Pasni..Baru Ko Tau Langit Tu Tggi Ke Rendah Hahahaha
Sumber OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply