Fattah, Fazura Dipercayai Tidak Tinggal Sebumbung, Nasib Rumah Tangga Mereka Rupanya

KETIKA peminat menanti dengan penuh debar nasib rumah tangga antara pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin yang bakal diketahui pada Rabu, 25 September, pelbagai andaian dan spekulasi terus bertebaran gara-gara pasangan ini menutup mulut akan kemelut yang berlaku.

Apabila Fattah dalam kenyataannya kepada media sebelum ini mendakwa dia tidak tahu isterinya telah memfailkan permohonan cerai pada 13 September lalu, ia memperlihatkan bahawa tiada komunikasi antara mereka berhubung isu berkenaan.

Difahamkan ketika bertebaran gosip keretakan rumah tangga mereka, Fattah dipercayai telah keluar rumah kelamin mereka untuk tinggal berasingan bagi meredakan situasi walaupun dia mendakwa masih menyayangi Fazura.

size NP 1 - 2024-09-24T175242.436

Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah 13 September lalu.

Terdapat juga dakwaan sejak tinggal berasingan, Fattah dan anaknya Nur Fatima Aisya tidak lagi berhubung namun pada hari ulang tahun kelahiran Fattah 14 September lalu, dia berjaya melepaskan rindu kepada si puteri selepas berpeluang berjumpa anaknya itu.

Selain itu, kek hari jadi yang mempunyai dua patung mirip Fattah dan Fatima menguatkan lagi desas-desus dia dan Fazura sudah tidak tinggal bersama.

Dalam pada itu keputusan yang bakal dikeluarkan nanti bakal menjawab segala persoalan peminat yang menganggap pasangan itu sebagai simbol kebahagiaan kerana selama tujuh tahun usia perkahwinan mereka tidak pernah sekalipun terpalit dengan sebarang isu kontroversi.

Sebelum ini, mStar cuba mendapatkan pengesahan peguam mewakili Fazura mengenai kes cerai difailkan anak guamnya namun kiriman mesej dihantar tidak berjawab kerana masih berada di luar negara.

Pada 13 September lalu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dikatakan memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Semoga krisis rumah tangga pasangan ini akan berakhir dengan baik

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*