Fazura boleh kena penjara hina mahkamah… Mungkir janji ‘londeh’ keburukan Fattah

PELAKON Fazura boleh dikenakan penjara sekiranya disabit melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama bekas suami Fattah Amin sebelum kedua-duanya sah bercerai dengan sekali lafaz pada Isnin.

Antara perjanjian yang sudah mendapat kata sepakat itu apabila kedua-dua pihak perlu menjaga aib, tidak memburukkan selain menyebarkan fitnah antara satu sama lain.

Apa yang mengejutkan selapas prosiding perceraian berakhir, Fazura ketika bertemu pihak media telah ‘melondehkan’ masalah dalaman rumah tangga mereka yang secara tidak langsung memperlihatkan Fattah sebagai lelaki, suami dan bapa yang tidak bertanggungjawab.

size NP 1 - 2024-10-07T112557.994

Fazura didakwa melanggar perjanjian di antara dirinya dan Fattah.

Bagaimanapun peguam mewakili Fattah iaitu Zulkifli Che Yong, ketika diminta mengulas mengenai situasi itu mengambil pendekatan untuk melihat dan mengkaji terlebih dahulu kenyataan Fazura itu sebelum sebarang tindakan susulan boleh dilakukan.

“Di antara perkara yang dipersetujui sebagai perjanjian yang perlu dilaksanakan selepas cerai antaranya adalah kedua-dua belah pihak perlu jaga aib, tidak memburukkan serta menyebarkan fitnah antara satu sama lain.

“Kedua-dua pihak perlu laksanakan perintah yang dipersetujui.

“Jika ada pelanggaran (iaitu) tidak patuh dengan perjanjian, dari segi hak undang-undang, mangsa (Fattah) boleh failkan permohonan penghinaan kepada mahkamah.

“Dan mahkamah boleh keluarkan notis penjara kerana tidak laksanakan perintah yang sudah ditandatangani,” katanya ketika ditemui para wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.

Terdahulu ketika memberi kenyataan kepada media yang menunggu di luar mahkamah, Fattah kelihatan terkejut apabila diajukan soalan berdasarkan dakwaan Fazura terhadapnya yang menjadi punca perceraian mereka.

Fatah juga dilihat menahan sebak tatkala menjawab soalan wartawan bagi menepis tuduhan yang dibuat Fazura itu.

Sementara itu, Fattah ketika ditanya adakah akan mengambil tindakan susulan, dia memaklumkan akan berbincang untuk meneliti perlanggaran syarat tersebut.

Dari segi hak undang-undang, mangsa (Fattah) boleh failkan permohonan penghinaan kepada mahkamah.
ZULKIFLI CHE YONG
PEGUAM FATTAH
Malah Fattah sekali lagi menegaskan bahawa tuduhan yang didedahkan Fazuran itu termasuklah dia curang itu adalah fitnah dan palsu.

“Tuduhan (curang) itu palsu, tiada isu curang, kalau dia nak teruskan fitnah, tanggunglah dosa. Tindakan? Kita akan berbincang untuk menilai,” ujarnya.

Sebelum ini, Fazura secara terbuka mendedahkan Fattah bersikap curang sebagai salah satu punca dia menuntut cerai di mahkamah.

Malah, pelakon itu turut menyebut beberapa faktor lain iaitu isu nafkah dan tiada persefahaman.

size NP 1 - 2024-10-07T104320.590

Fattah dan Fazura sah cerai talak satu pada pagi Isnin.

Untuk info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*