Gara-Gara Pertahan Abang Bas, Tak Sangka Ini Jadi Pada Uyaina Arshad

AKAUN TikTok milik pengacara dan pelakon Uyaina Arshad dibanjiri kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan kelantangannya bercakap tentang isu membabitkan Abang Bas yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arsyad berkata, dia kesal dengan reaksi diberikan apabila perbuatan tersebut jelas boleh menjerumus kepada jenayah.

“Pergilah TikTok saya, baca komen-komen orang yang kecam saya sebab bersuara mengenai tindakan Abang Bas itu. Nauzubillah.

Copy of Untitled - 2024-09-07T124010.364

Uyaina berkongsi perakara itu menerusi hantaran di InstaStory.

“Bagi saya inilah keburukan media sosial. Apabila orang baru dapat perhatian atau likes, mula rasa semangat nak buat kandungan sebegitu walaupun sah-sah ia salah,” katanya.

Uyaina meluahkan kekesalan itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu.

Selain pelbagai kecaman, terdapat juga menyelar pandangan Uyaina dengan meminta dia menggantikan tugas pemandu bas tersebut.

Santai menjawab komen berkenaan, Uyaina menegaskan tegurannya ditujukan kepada semua pihak termasuk golongan pendidik yang gemar merakam video pelajar sebagai content.

“Jawapan saya mudah, kerja dia bawa bas, jadi bawa bas sahaja. Tugas dia tak termasuk rakam anak orang semasa memandu.

“Dan (teguran) ini saya tujukan untuk guru, doktor, jururawat, makcik kantin, abang janitor dan semua.

“Awak nak rakan siput, tidak mengapa. Anak orang jangan!,” jelasnya.

Sebelum ini, Uyaina meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pemandu bas berkenaan yang merakam video pelajar sekolah.

2899197

Uyaina berkongsi pendapatnya berkenaan isu tersebut sebelum ini.

Jelasnya, perbuatan itu dikhuatiri boleh menyumbang kepada jenayah melibatkan kanak-kanak.

Pada pagi Jumaat, pemandu bas berkenaan ditahan polis dan sedang direman selama lima hari sehingga 10 September ini bagi membantu siasatan.

Orang ramai meluahkan rasa bimbang terhadap kandungan yang dimuat naik pemandu bas berkenaan di media sosial.

Ini termasuk kapsyen seperti ‘hari ini crush kita buat ‘homework’ yang digunakan pemandu bas tersebut, dianggap tidak bersesuaian untuk ditujukan kepada murid sekolah rendah.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*