
PENYANYI Arrora Salwa menepis dakwaan sesetangah pihak menuduh dia mengamalkan ilmu sihir untuk kekal bertanding dalam program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).
Sebaliknya kata Arrora atau Salwa Md Razak, 40, amalan ayat suci al-Quran menjadi pegangannya agar terhindar daripada sebarang musibah atau perbuatan tidak tidak baik.
“Ada kata Arrora guna ‘mak esah’ (ilmu sihir) tiada pun! Amalkan ayat al-Quran sahaja. Baca ayat 1 hingga 5 surah al-Baqarah dan ayat Kursi.
Arrora memberi persembahan bertenaga di minggu ke-6 GV11.
“Satu lagi kena hafal tiga ayat terakhir surah Al-Baqarah. Kalau orang nak buat benda tak baik pada kita, kena padanya semula,” katanya.
Arrora berkongsi perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.
Dalam masa sama, dia juga sempat berseloroh membukti dirinya tidak mengamalkan sebarang ilmu sihir dengan berjalan di bawah ampaian.
“Kata orang yang guna mak esah tak boleh lalu bawah ampaian. Saya nak langkah (sambil berjalan di bawah ampaian).
“Tiada tertanggal pun… Alhamdulillah,” ujarnya.
Arrora antara sembilan peserta yang akan meneruskan persaingan pada minggu ke-tujuh GV11.
Arrora teruskan persaingan di pentas GV11.
Dia bakal tampil membuat persembahan lagu Hindi berjudul Wada Karo Nahi Chodoge Tum Mera Saath (Lata Mageshkar & Kishore Kumar).
Selain Arrora peserta lain yang masih lagi kekal bertanding adalah Liza Aziz, Ning Baizura, Fairuz Selamat dan Dyrga Dadali.
Empat lagi peserta adalah The Lima, Ronnie Hussein, Zehra Zambri dan Sheila Abdul.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply