PELAKON Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat hadir bersama di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Rabu bagi prosiding bacaan pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka.
Tenang bertemu media sebelum masuk ke bilik perbicaraan, Aliff berharap kes melibatkan mereka berjalan lancar.
“Doakan semua berjalan lancar. Kita tunggu sahaja selepas perbicaraan.
Aliff dan Ruhainies hadir bersama di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
“Terima kasih kepada rakan media yang sudi hadir. Minta doa yang baik-baik,” katanya ringkas.
Pelakon ini juga dilihat tenang dan tidak mengelak bertemu media seperti mana perbicaraan kes cerai sebelum ini bersama bekas isteri, Bella Astillah.
Sementara itu, Ruhainies juga turut meluahkan perkara sama.
“Terima kasih kerana sudi datang. Doakan yang terbaik buat kami,” jelasnya.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.
Terima kasih kepada rakan media yang sudi hadir. Minta doa yang baik-baik.
Kedua-dua mereka diwakili peguam sama iaitu Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.
Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.
Pada 20 Jun lalu, mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bon jaminan berkenaan kes khalwat.
Sumber MStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply