Wanita berlari riang sijil cerai kini di genggaman, boleh tidur lena – “Terima kasih Ya Allah aku dah bercerai”

BERLARI kegembiraan! Demikian reaksi seorang wanita yang berpisah dengan suaminya dan memiliki akta (sijil) cerai secara rasmi.

Tindakan wanita ini berlari meluru ke kereta sambil ketawa riang menjadi tular sekali gus meraih perhatian warga maya.

Kejadian berlaku di Kendari, Sulawesi Tenggara, Indonesia.

Momen tersebut dikongsikan di TikTok @tinamomami92 menunjukkan gelagat wanita berkenaan yang langsung nampak tidak bersedih selepas berpisah dengan suaminya.

Sebaik masuk ke dalam kereta dia dilihat memanjatkan kesyukuran setelah akta cerai kini berada di genggamannya.

“Ya Allah keluar juga akta ceraiku, Ya Allah. Terima kasih Ya Allah aku sudah bercerai.

“Akta cerai, terima kasih Ya Allah telah mengakhiri penganiayaan ini,” ujarnya lagi sambil ketawa.

Hantaran tersebut meraih lebih 4.1 juta jumlah tontonan setelah disiarkan.

Dalam pada itu, netizen turut memberikan komen mengenai reaksi yang ditonjolkan wanita tersebut.

“Luarannya bahagia tapi di dalam kita tak tahu.

“Ya Allah saya nak bercerai tapi takut sebab tak boleh cari duit sendiri.

“Semoga tak salah pilih lagi,” komen netizen di TikTok.

Di ruangan komen, wanita itu memaklumkan hubungannya mempunyai masalah apabila suaminya melakukan kekerasan dalam rumah tangga (KDRT) dan curang.

Setelah rasmi berpisah, wanita berusia 31 tahun itu mengaku hidupnya lebih tenang malah tidurnya lebih nyenyak. – Wolipop

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*