TULAR di media sosial mengenai seorang wanita yang dikenali Dr Hana Rose yang berkongsi keadaan badannya yang lebam akibat dipukul teman lelakinya, seorang pemain bola sepak terkenal di Sabah.
Menurut Dr Hana Rose, beliau terpaksa mengambil keputusan berat untuk berkongsi keadaan dirinya yang sakit akibat dipukul selepas bertengkar dengan pemain pertahanan berusia 30 tahun itu.
FLASH SUKAN dimaklumkan kejadian yang berlaku pada 7 Jun lalu bermula dengan pertengkaran dan kemuncaknya dia dipukul dan ianya bukan kali pertama.
“Saya dipukul dan dibiar di bilik keseorangan, tanpa ada maaf daripadanya. Malah famili juga sudah memberi peluang untuk dia minta maaf, namun tiada.
“Saya sudah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa. Saya harap pihak pengurusannya (kelab) tidak menarik menutup kes ini. Sebelum ini pernah menutup kes seperti ini,” ujarnya kepada FLASH SUKAN.
Menurut Dr Hana Rose, beliau berkongsi di media sosial ini bukan untuk memalukan sesiapa sebalik beri peringatan kepada semua golongan wanita yang berada dalam situasi sama dengannya.
“Sebagai wanita, saya terpaksa mengambil keputusan ini. Kalau jadi mangsa pukul jangan takut untuk buat laporan. Sekarang ini ramai mahu tutup cerita saya,” tambahnya yang sudah hampir 11 bulan sebagai pasangan kekasih bersama pemain kelahiran Kedah itu.
Sumber BN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply