Innalillah, Salam Takziah Pelakon Delimawati

Pelakon senior, Delimawati Ismail diuji sekali lagi apabila kehilangan anak perempuannya Sarah Jaafar yang meninggal dunia kira-kira pagi semalam.

Berita sedih itu dikongsi oleh pelakon veteran, Fauziah Nawi dengan mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham yang berusia 43 tahun itu melalui satu hantaran di laman Facebook.

Lebih memilukan apabila difahamkan, Delimawati kini sedang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah dimana kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh arwah.

“Assalamualaikum sahabat-sahabat, kita ucapkan takziah kepada puan Dalima Wati atas pemergian anak perempuannya.
sama-sama kita doakan agar Allahyarhamah Sarah Jaafar agar rohnya di tempatkan bersama para solehah amin.
“Puan Dalimawati Ismail kini berada di Mekah mengerjakan ibadah umrah dimana perbelanjaannya ditanggung oleh arwah,” maklum Fauziah.

Sementara itu, meninjau di akaun Facebook milik Sarah, kali terakhir Allahyarham bertemu ibunya adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum pelakon senior itu bertolak ke Tanah Suci.

Delimawati sebelum ini kehilangan anak lelakinya Zulfazli Jaafar yang meninggal dunia di Hospital Banting, Selangor pada 30 April tahun lalu.

Sumber: Facebook Fauziah Nawi & Sarah Jaafar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*