“Iras Deepika Padukone” – Penampakan Terbaru Ira Kazar Jadi Tumpuan, Netizen Puji Makin Cantik!

Agak lama tidak muncul di media sosial, isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Ira Kazar dilihat muncul dalam satu video TikTok yang dimuat naik seorang individu di aplikasi itu.

Penampilan terbaru Ira Kazar jadi tumpuan

Dalam video tersebut, Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat sedang duduk sambil bermain telefon bimbit.

Dia yang dilihat memakai baju putih dan bertudung hitam dilihat sihat dan semakin berseri.

Difahamkan, video tersebut dirakam ketika Ira menziarahi ahli keluarganya di sebuah pusat perubatan.

Netizen puji semakin berseri

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memuji kecantikan isteri pengarah terkenal Syamsul Yusof itu malah ada yang mengatakan wajah Ira seiras pelakon Bollywood terkenal, Deepika Padukone.

Terdahulu, Ira sering berkongsi video memasak bersama pengikutnya di TikTok namun mendiamkan diri secara tiba-tiba.

Wujud dakwaan Ira kini hamil namun spekulasi itu dikatakan tidak benar setelah kakak iparnya meminta peminat mendoakan Ira agar dikurniakan rezeki zuriat bersama Syamsul Yusof seperti dilihat di dalam bahagian komen video tersebut.

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*