“Jangan bagitau orang” – Wanita Tegur Isteri Cikgu Buang Hadiah Hari Guru Berharga RM2

Banyak kita lihat di media sosial beberapa hari lepas tentang kemeriahan sambutan hari guru. Tak dapat dinafikan, ramai juga pelajar yang memberikan hadiah kepada cikgu kesayangan mereka sebagai tanda menghargai pengorbanan para guru.

“Dapat hadiah RM2 saya buang je”

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang wanita telah memuat naik tangkap layar komen isteri kepada seorang guru yang dikatakan ‘pening’ melihat hadiah yang diterima oleh suaminya terlalu banyak di rumah.

Cikgu lelaki ni dapat hadiah dari murid bukan kesah sangat pun. Depa bawa balik dan longgok kat rumah, Kita yang wife ni yang pening tengok. Dapat frame ke atau barang2 RM2 saya buang je. Pening tengok kalau banyak sangat. Dapat jam dinding kedai RM2 adalah juga gunanya.

Isteri guru berkenaan malah lebih menyukai jika hadiah hari guru suaminya adalah barang masakan seperti limau nipis, bunga kantan dan sebagainya.

Diah 2

Ibu bapa terpaksa catu duit untuk beli hadiah

Dalam hantaran yang sama, wanita itu turut meletakkan tangkap layar komen daripada ibu bapa yang terkilan dan meluahkan rasa sedih kerana hadiah hari guru anaknya dibeli menggunakan hasil dia berniaga.

Hadiah hari guru tahun ni adalah hasil dari niaga macam2. Tak beli anak muncung tak sampai hati. Sekarang ni tengah bulan duit memang catu2. Hasil niaga tulah belikan dorang hadiah, barulah senyum gi sekolah hari tu.

Diah 1

 

“Jangan bagitau orang…”

Bagaimanapun, pemilik hantaran itu menegur perbuatan isteri kepada seorang guru yang mengaku dia telah membuang beberapa hadiah yang berharga RM2. Mungkin ruang di rumah guru itu sedikit terhad tetapi lebih baik jika menghargai pemberian daripada anak murid.

Mungkin barang banyak, space pula terhad. Tapi, cubalah tengok dari sudut pandang orang yang memberi tu. Ada sampai bercatu-catu makan demi nak belikan hadiah hari guru….
Cuma satu je, jangan bagitau orang. Jangan tulis di media sosial. Sebab aku tak dapat bayangkan perasaan mak bapak murid yang berhempas pulas sampai ikat perut bila baca komen kau tu.
Dia yang kesal dengan tindakan isteri kepada guru berkenaan mendoakan agar Allah menutup aibnya dan tidak mengguriskan hati sesiapa.

Diah 7

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen turut terkilan dengan perbuatan isteri kepada guru tersebut.

Diah 3

Sumber Lobak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*