Isteri Haqiem Rusli ‘Feeling’ Mahu Jadi K-Pop Idol – “I Rasa I Macam Rosé Blackpink”

Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea mengaku mempunyai angan-angan untuk menjadi selebriti Korea Selatan atau K-pop idol apatah lagi merasakan dirinya seperti anggota kumpulan Blackpink iaitu Rosé.

Usahawan berusia 21 tahun itu berkata, dia meminati Rosé atau nama sebenarnya Roseanne Park kerana mempunyai personaliti feminin serta lemah lembut.

Sebelum itu, Anis atau mesra dengan panggilan Fea meluahkan rasa teruja apabila menjayakan sesi fotografi yang berkonsepkan Korean selepas dilantik menjadi duta kepada sebuah jenama produk kesihatan.

I rasa I macam Rosé!

“Pengalaman hari ni (sesi fotografi) sangat best sebab macam konsep Korean, saya pun memang minat K-Pop. Paling saya minat dalam Blackpink ialah Rosé.

“Karakter dia sangat feminin dan lembut, saya suka personalitinya. Kenapa saya ‘feeling’ nak jadi K-pop idol sebab saya rasa saya macam Rosé,” katanya sambil ketawa.

Anis berkata demikian dalam sebuah video memaparkan dia menjawab beberapa soalan santai yang dimuat naik menerusi akaun TikTok rasmi produk tersebut, @laurelbofficial

Sementara itu, Anis yang juga personaliti media sosial turut berkongsi nasihat yang dititipkan suaminya dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

“Dia selalu meminta saya menjaga maruah sebagai isteri, itulah nasihat yang paling saya ingat. Keharmonian rumah tangga.. ia bukan perkara mudah tetapi masing-masing kena ada usaha,” ujarnya.

Terdahulu, Anis atau nama penuhnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri menerima kecaman hebat apabila tidak lagi mengenakan hijab menerusi beberapa perkongsian foto selepas sambutan Hari Raya lalu.

Sumber: TikTok @laurelbofficial, Instagram Anis Sofea

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*