Mengidam adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung. Ia juga boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang ingin dirasai ketika mengandung.
Namun, lain pula yang dikongsikan oleh wanita ini sehingga membuatkan suaminya buntu untuk menunaikan keinginannya sehingga menarik perhatian ramai.
Wanita dikenali @hellinlife dalam hantarannya di aplikasi TikTok mendedahkan perbualannya bersama suami tercinta mengenai mengidamnya untuk minum arak.
Jelasnya, rasa mengidam itu muncul apabila dia tertanya-tanya akan rasa minuman beralkohol kerana tidak pernah sekali pun diteguk. Bagaimanapun, suaminya meminta agar isterinya beriristighfar kerana ia adalah perkara dilarang dalam ajaran Islam.
“I teringin arak. Rasa macam nak minum.
“Hmm… macam mana ni? Aduh, I curious beer, liquor, soju..macam mana rasa dia. Ini serius (mengidam) sayang,”tulisnya.
Sedar dengan tanggungjawab dipukul, suami wanita terbabit tidak henti memujuk isterinya untuk mencari minuman seakan ‘arak’ tetapi versi halal yang boleh diminum.
Katanya, perbuatan meminum minuman keras itu boleh menyebabkan ibadat isterinya sebagai umat Islam tidak diterima selama 40 hari meski hanya setitik.
Rata-rata warganet menasihati wanita berkenaan untuk tidak melayan rasa mengidam sewaktu hamil sekiranya ia mendatangkan kemudaratan dan bertentangan dengan agama.
Terdahulu, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus pernah membahaskan isu mengenai keinginan wanita ketika hamil yang mahu ditunaikan oleh si suami.
Ujarnya, sunat hukumnya dan berpahala buat suami melayan karenah isteri yang mengidam selagi tidak merbahaya dan tidak berlawanan dengan syariat. Jika tidak, adalah tidak perlu ditunaikan.
Sumber Bn.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply