Jangan asyik fikir ‘shopping’, sekali ibu nasihat Intan Najuwa buat beliau termenung!

PERTAMA kali melalui proses kehamilan, pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan dia sering menerima nasihat dan pesanan daripada ibunya iaitu Nafizah Mohd Sahid.

Kata Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, ibunya itu tidak pernah lupa menghantar mesej memberikan pesanan dan ingatan setiap hari.

“Tiap hari ada pesanan dari mama. Pesanan hari ini ya rakan-rakan,” katanya menerusi satu perkongsian di Instastory pada pagi Selasa.

intan najuwa 1

Ibu Intan mahukann yang terbaik untuk cucunya.

Dalam hantaran tersebut, Intan turut memuat naik paparan skrin perbualannya bersama ibu.

Malah pelakon yang terkenal dengan drama Jesnita itu turut menyambut baik pesanan berkenaan.

Dalam mesej tersebut, ibunya menasihati Intan agar mendedahkan lebih banyak ayat suci al-Quran kepada anak dalam kandungan.

Malah, dia turut berpesan supaya aktres itu terlalu sibuk memikirkan mengenai perbelanjaan barangan bayi.

“Baby dah boleh pasang-pasangkan ayat-ayat Quran dekat perut.

“Biar dia didedahkan dengan zikir-zikir, dengarkan ayat-ayat. Dah boleh mula dah.

int

Intan terima baik pesanan ibunya.

“Jangan asyik dengar zikir mummy dia shopping saja. Hari-hari buka macam-macam surah,” pesannya.

Sebelum ini, Intan memaklumkan bakal terbang ke Kota London bagi membeli keperluan cahaya mata pertama.

Untuk rekod, Intan bernikah dengan Azraf pada 18 Ogos tahun lalu.

Pada 18 Julai lalu, Intan berkongsi khabar gembira bahawa dia sedang hamil anak pertama.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*