PELAKON Azhar Sulaiman meluahkan hasrat untuk melihat anak lelakinya iaitu Andika Rees Pahamin menjadi imam solat jenazah jika dia ditakdirkan meninggal dunia suatu hari nanti.
Azhar, 53, berkata, mahu Andika mempelajari rukan dan cara sembahyang jenazah apatah lagi seorang anak lelaki lebih afdal melakukan perkara itu jika berlaku kematian.
Kongsinya, dia sebelum ini tidak sempat mengimamkan jenazah arwah bapanya kerana berada di luar negara selain tidak mempunyai ilmu mengenai pengurusan jenazah.
Azhar pasang niat mahu Rees jadi imam untuk solat jenazahnya.
“Saya tiada di Malaysia ketika arwah bapa meninggal dunia dulu dan tak tahu pun cara melakukannya.
“Jadi sekarang saya kena ajar Rees menjadi imam sembahyangkan saya nanti.
“Anak lelaki wajib sembahyangkan jenazah ayah mereka sendiri menurut Ustaz Azhar Idrus,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong hasrat Azhar dan berdoa semoga urusan Rees menimba ilmu tersebut dipermudahkan.
“Semoga Allah makbulkan apa yang dihajati ayahnya. Semoga Rees jadi anak yang berjasa di dunia dan akhirat buat ibu bapanya.
“Tahniah Azhar memikirkan masa depan. Satu hari saya akan buat perkara yang sama.
Rees dan Leona merupakan anak kembar Azhar.
“Bagus Azhar, semoga ia menjadi pengajaran dan teladan buat mereka di luar sana untuk ambil berat tentang pengurusan jenazah,” tulis netizen di ruangan komen.
Untuk rekod, Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin pada 1996.
Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 24, serta pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 22 tahun.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply