Kakak Tak Sangka, Isteri Kedua Syamsul Yusof Rupanya Pandai Masak Sotong Tumis

Walaupun dirinya terima kritikan dan kecaman yang hebat daripada netizen di media sosial, namun sehingga kini isteri kedua pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar masih mendiamkan diri tanpa memberi sebarang kenyataan susulan kontroversi perkahwinannya di Thailand.

Malah, sejak akhir-akhir ini juga Ira sudah tidak aktif di memuat naik sebarang hantaran di mana-mana platform supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan terhadap apa yang berlaku.

Namun begitu, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh kakaknya, Yasmin Kazar di IG story, dia tidak menyangka masakan sotong tumis adiknya begitu sedap untuk dijamah.

“Tak sangka sedapnya Ira Kazar masak,” ujarnya ringkas.

Meskipun Ira terus menyepi tanpa sebarang berita, namun kita dapat mengetahui serba sedikit perkembangannya melalui adik beradik di media sosial.

Terdahulu, mahkamah telah membenarkan pelakon Puteri Sarah memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya, Ira Kazar, kakaknya, Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.

Difahamkan juga, tindakan tersebut diambil susulan keluarga Ira kazar telah melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan pada Julai, tahun lalu.

Perintah injuksi dilakukan berhubung dengan tuntutan saman yang difailkan oleh Puteri Sarah terhadap Ira Kazar yang telah menganggu ketenteraman rumah tangganya.

Disebabkan itulah, Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin tidak boleh mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya.

Namun begitu, Ira Kazar telah melanggar perintah berkenaan kerana pergi ke luar negara untuk bernikah bersama pengarah kontroversi, Syamsul Yusof sebelum kes saman selesai.

Sumber: Instagram @Yasmin Kazar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*