Salam Takziah! Begini Keadaan Terkini Renggo Arrow, Tak Sangka Ini Puncanya!

KELUAR masuk hospital sejak dua tahun lalu, vokalis kumpulan Arrow, Renggo berkongsi keadaan kesihatan yang dialaminya.

Renggo atau Mohd Zain Ramli, 54, memberitahu dia mengalami masalah jantung bengkak selepas menerima suntikan kedua vaksin Covid-19 dua tahun lalu.

Disahkan mengalamai masalah pada bahagian jantung, Renggo berkata pergerakannya kini semakin terbatas.

renggo2 - 1

“Sebenarnya saya ada masalah jantung bengkak sejak dua tahun lebih ni. Perkara ini terjadi lepas daripada saya dapatkan suntikan vaksin kali kedua.

“Sakit ini berlaku tanpa saya sedar. Dia ‘makan’ sikit demi sikit. Pergerakan saya menjadi perlahan, tenaga pun dah tak kuat macam dulu lagi,” katanya ketika dihubungi mStar.

Hampir dua tahun menanggung sakit, penyanyi lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah ini memberitahu dia terpaksa tidur secara duduk bagi membolehkannya bernafas dengan baik.

“Selama dua tahun ini saya tidur tidak selesa dan lebih kerap tidur secara duduk barulah dapat bernafas dengan baik.

“Ada masanya rasa okay, bolehlah saya baring macam biasa. Tetapi jaranglah sebab kebanyakannya saya tidur duduk.

Sakit ini berlaku tanpa saya sedar. Dia ‘makan’ sikit demi sikit. Pergerakan saya menjadi perlahan, tenaga pun dah tak kuat macam dulu lagi.

“Tidur tu mesti ada bantal dalam tiga atau empat biji dekat bahagian belakang,” ujarnya.

Meskipun mengalami masalah kesihatan, Renggo tetap meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi disebabkan ia merupakan sumber pencarian utama buat keluarganya.

“Kita rasa macam penat sangat bila menyanyi macam kita pergi berlari. Kepenatan di jantung membuatkan kita jadi cepat penat.

“Tapi saya sudah lama menyanyi, jadi saya tahu bagaimana cara untuk terus menyanyi tanpa orang ramai tahu kondisi sebenar saya.

“Jemputan menyanyi memang kerap saya terima. Lepas raya ni pun ada beberapa job yang sudah confirm,” jelasnya.

Tambah penyanyi itu lagi, dia berharap pihak penganjur tidak teragak-agak untuk memberikan tawaran nyanyian buatnya kerana bimbang dengan faktor kesihatan.

Kata Renggo, dia juga kini banyak mula pemakanan kerana dinasihatkan doktor untuk berpantang.

renggo1 - 1

Renggo masih lagi aktif membuat persembahan nyanyian.

“Buat masa ini memang saya menyanyi sepenuh masa dan saya berharap tidak ada pihak penganjur yang takut untuk panggil saya menyanyi disebabkan penyakit saya ini.

“Jangan bimbang, saya tahu macam mana nak handle diri saya sebab ramai lagi yang ada sakit jantung tetapi masih boleh menyanyi.

“Selepas sakit ini, banyak pantang yang saya kena ikut termasuk tak boleh minum ais batu, makan pedas sangat pun tak boleh. Makanan berminyak sangat tak boleh, makan terlampau kenyang pun tak boleh,” katanya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*