
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya masih tidak terlepas dari dikaitkan dengan kisah silamnya, namun aktor ini menafikan bahawa segala gosip yang muncul termasuklah spekulasi terbaharu mengatakan dirinya dilihat keluar bersama seorang wanita adalah tidak benar.
Menurut pemilik nama, Muhammad Aliff Aziz, 32, dia terkejut dengan gosip yang timbul kerana isterinya yang juga seorang penyanyi, Bella Astillah mengetahui setiap aktivitinya.
“Sebenarnya saya dan isteri terkejut juga sebab dia tahu almost setiap hari saya bekerja.
“Dan ada beberapa kali my cousin datang belah Umi dan saya bawa mereka keluar kerana dah lama mereka tak ke Kuala Lumpur.
“So, saya rasa orang yang nampak tersalah kot. Might be my cousin.. jadi saya dan Bella pun terfikir siapa individu yang dimaksudkan tu.
“Atau mungkin kalau nak keluar dengan siapa-siapa, saya kena buat instagram story lah,” katanya ketika temu bual bersama program Melodi.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, Aliff juga mengakui sebagai selebriti dirinya tidak terlepas dari menjadi perhatian.
Malah, dia tetap dengan pendiriannya tidak akan memberikan penjelasan secara terperinci terhadap isu yang dirasakan tidak penting.
“Memang kita akan sentiasa dilihat oleh orang tapi pada saya as long as i know i am not doing anything wrong or i am going out with my family members or kawan-kawan, saya tak rasa saya perlu memberikan penjelasan tentang itu.
“Tapi disebabkan dakwaan itu, saya sendiri tidak tahu sebab tak ada gambar. Kalau ada gambar mungkin saya boleh explain.
“People need to understand good or bad kita akan ada hari yang kita mungkin keluar meeting. cuma bila ada yang mendakwa saya ‘buat hal’ saya bukan orang yang baik baru nak belajar-belajar jadi baik nampak dia bersama dengan wanita it’s okay tapi kalau buat hal dari segi apa?
“Kalau saya berjalan dengan sepupu atau adik beradik saya bukan ke itu jadi satu fitnah.
“Baik atau buruk saya hargai dan mohon doa dari semua supaya kita dapat memperbaiki apa yang kurang,” jelasnya.
Tambahnya, selain tidak dapat mengubah persepsi orang di luar sana yang sentiasa mengaitkan dirinya sebagai ‘playboy’, pelakon drama rantaian Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini memohon maaf terhadap segala kesilapan lampau yang pernah dilakukannya.
“Saya mohon maaf kepada semua untuk kesilapan-kesilapan lalu yang tak adapat saya nak ubah sekarang ni.
“Tapi apa yang saya boleh lakukan adalah sentiasa peka, hati-hati dan saya juga manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan dan saya mohon doa dari semua supaya saya sentiasa terjaga, insya-Allah,” ujarnya.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply