“Kematian Yg Dicemburui.. ” Hattan Kongsi Sesuatu Yg Berlaku Semasa Mandikan Arwah Jay Jay.

BERPELUANG memandikan jenazah Jay Jay, penyanyi Datuk Hattan berkongsi momen indah membantu menguruskan perjalanan terakhir sahabatnya itu.

Berkongsi momen itu, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 59, berkata kulit arwah dilihat sangat bersih dan licin.

“Waktu saya mandikan jenazah Jay Jay, kulitnya sangat licin dan bersih.

Copy of Untitled (16)

Ramai rakan artis lain turut hadir memberikan penghormatan terakhir.

“Macam kulit budak-budak saya tengok. Bersih betul keadaan arwah, Alhamdulillah,” katanya.

Hattan berkongsi perkara itu ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor pada Isnin.

Kata Hattan kali terakhir mereka bertemu di sebuah acara di Kota Bharu Kelantan.

Ketika itu, Hattan memberitahu Jay Jay kelihatan lemah dan nampak tidak sihat.

“Kali terakhir kerjasama dengan dia sewaktu kami buat show sama-sama di Kota Bharu, Kelantan sekitar enam bulan lalu. Persembahan untuk majlis perkahwinan anak rakan kami.

“Ketika itu nampak badannya memang sudah sedikit susut, macam tak sihat. Kalau tanya, dia jawab okay sahaja. Kelihatan tenang dan santai,” ujarnya.

Menurut Hattan, pada awalnya dia agak terkejut menerima perkhabaran pemergian Jay Jay memandangkan arwah seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat.

“Masa dengar berita kematian dia memang terkejut gila. Setahu saya dia mengamalkan hidup sihat, selalu berjogging, amat terasa kehilangan dia.

Macam kulit budak-budak saya tengok.

DATUK HATTAN

PENYANYI

“Dia seorang sahabat yang sangat baik, saya tak pernah jumpa orang yang sebaik dia, boleh disebut ‘legend yang baik’.

“Banyak juga jasa dia kepada saya dalam kerjaya seni saya. Dia banyak main bass untuk lagu-lagu dan konsert saya. Terlalu banyak jasa arwah,” jelasnya.

Pada 23 Mei lalu, Jay Jay menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Selepas menjalani pembedahan, penyanyi berkenaan diserang angin ahmar dan meneruskan rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Copy of Untitled (13)

Pemergian Allahyarham turut dirasai seluruh penggiat seni tanah air.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada jam 9.27 malam Ahad.

Allahyarham meninggalkan empat orang cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*