Foto sekadar hiasan.“Dont Judge Book by it Cover” itulah ungkapan bahasa orang putih yang tepat pada cerita ini.
Maksudnya Dalam hidup ini, janganlah kita menilai orang lain secara luaran kerana rezeki masing masing berbeza dan begitu juga amalan gaya hidup setiap orang juga berbeza. Luahan yang dikongsikan oleh wanita ini bukan sahaja memberi pengajaran, tetapi juga patut menjadi contoh kepada kita semua.
Apa yang bagusnya, wanita ini menjadikan apa yang berlaku di depan matanya sebagai pengajaran. Beginilah orang yang berfikir dan sentiasa bermuhasabah diri. Sentiasa mengkaji diri dan menginsafi. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Ambil la bahagian yang positif dalam cerita ini sebagai tauldan pengajaran dalam hidup kita agar kita menjadi insan yang positif setiap hari. Cerita ini telah dipaparkan dilaman media maya satu ketika dahulu.
Baca Kisah Ini.
Saya seorang surirumah, suami pakai Honda City. Kami ada seorang anak. Kisah yang betul betul memberi pengajaran kepada saya bermula apabila kami sekeluarga pergi membeli belah di sebuah pasar raya. Ketika kami baru park kereta, ada sebuah kereta Proton Saga lama park di hadapan kami.
Kereta itu memang buruk sangat, sampai saya cakap pada suami.
“Kesian keluarga tu naik kereta buruk saja.”
Dalam kereta Proton Saga itu ada sepasang suami isteri dan seorang anak mereka. Tuhan betul betul nak tunjuk pada saya jangan pandang rendah pada orang lain.
Dalam pasar raya tersebut, saya terserempak semula dengan keluarga berkenaan di bahagian barangan penjagaan wanita. Si isteri tadi minta izin nak beli perfume, beli itu beli ini. Suami dia kata ambil sahaja. Berbeza dengan saya bila minta dari suami nak beli barang-barang, habis saya dimakki dan dituduh membazir.
Kemudian bila nak buat pembayan di kaunter, sekali lagi terserempak dengan keluarga itu tadi dan saya beratur di belakang mereka. Saya tengok barang-barang yang mereka beli, boleh tahan juga.
Beras Basmathi, susu anak mereka jenama pediasure, lampin pakai buang anak mereka jenama Mamy Poko siap beli sekotak terus, minyak basak beli minyak masak jenama Canola. Harga barangan mereka saja dah dekat RM500.
Saya pula, semurah-murah barang saya beli sebab suami suruh berjimat. Suami saya harap saja pakai Honda City, tetapi bila bab-bab barang keperluan, asyik-asyik cakap tak ada duit.
Disini saya rasakan tidak semestinya seseorang yang buruk diluar juga buruk di dalam. Jangan terlalu merendahkan seseorang dengan apa yang mereka pakai.
Sumber KRT
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply