Pe Kacukan Perancis Ini Dulu Menjadi Kegilaan Ramai, Lama Menyepi Selepas Berumahtangga, Begini Keadaan Terkini Beliau!

Sejak mendirikan rumahtangga bersama usahawan Datuk Mokhtar Ahmad pada 16 Disember 2005,pelakon dan penyanyi Datin Juliana Banos mula memperlahankan karier seni nya bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.

HANTARAN berjumlah RM77,888.77 yang diterima oleh penyanyi dan pelakon Juliana Azman Banos (Jun) daripada suaminya, Mokhtar Ahmad, usahawan kereta import mewah, mencatat sejarah tersendiri sebagai hantaran termahal yang tidak pernah diterima oleh mana-mana artis tanah air sebelum ini.

FOTO) Lama Menghilang Dari Dunia Hiburan, Ini 'Update' Terkini Penyanyi Juliana Banos – #TriviaNara

Itu tidak termasuk dua bentuk cincin berlian jenama Catier dan Carat Club yang bernilai lebih RM10,000, beg tangan dan dua pasang kasut jenama Louis Vuitton (LV) serta set wangian.

Jun memberitahu, hantaran yang tinggi itu dianggap sebagai hadiah daripada suaminya dan dia bersyukur dengan keikhlasan hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki.

Katanya, angka tujuh adalah angka kegemaran Mokhtar manakala angka lapan pula adalah angka kegemarannya.

Menurut Jun, jika dicampurkan kesemua jumlah 77,888.77, jawapannya 52 dan apabila angka lima dicampurkan dengan angka dua, jawapannya ialah tujuh.

“Itulah keistimewaan 77,888.77 kepada saya dan suami,” kata Jun.

15 Tahun Masih Jadi Sebutan

Kali terakhir Juliana terbabit dalam drama mahupun filem juga sekitar tahun 2005 yang mana filem Pontianak Menjerit dan album Mutiara Jun merupakan karya terakhir Juliana sebelum berehat untuk jangka masa yang panjang.

Kini selepas 15 tahun, nama pelantun Yang Mana Satu ini kembali menjadi sebutan oleh peminat-peminat di media sosial.

Difahamkan Juliana kini sudah mempunyai tiga orang cahaya mata dan sibuk menguruskan perniagaan bersama suaminya.

Bapa Mokhtar Ahmad, Datuk Ahmad Kemin merupakan pengasas Mutiara Motors. Kini suami Juliana merupakan pengarah urusannya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*