“Lelaki Tahu Sedap Je, Ingat Bini Kilang Buat Anak Ke?”, Fizo Omar Tiba2 Kena ‘Ceramah’

Rasanya ramai yang tahu bahawa isteri pelakon, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri sedang hamil anak kedua setelah melahirkan anak pertama, Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di Serdang, Selangor.

Kini, usia kandungan Fazeera sudah pun memasuki minggu ke-37 dan dalam laman Instagram, Fizo mengimbau kembali foto bersama isteri yang sedang sarat hamil sejak tahun lalu, sekaligus Wan Mariam memiliki dua adik dalam masa setahun.

Dalam pada memohon orang ramai untuk mendoakan urusan kelahiran anak kedua berjalan dengan lancar, pelakon itu sempat berseloroh untuk menimang anak ketiga pula pada tahun hadapan.

Fizo Omar

Susulan seakan-akan memberi hint pada isteri mahu menimang lagi anak ketiga pada tahun hadapan dan mahu menyiapkan diri, netizen telah meninggalkan pesanan ‘pedas’ buat Fizo di ruangan komen.

Pendapat netizen, Fizo seharusnya memberi masa buat isteri untuk ‘berehat’ selepas sudah melahirkan anak kedua nanti demi menjaga kesihatan dalam tubuh badannya.

Fizo Omar

Malah mereka turut merasakan, pasangan tersebut perlu menjarakkan usia kehamilan jika sudah merancang untuk mempunyai anak ketiga, agar dapat memberi sepenuh perhatian buat kesemua anak-anak mereka kelak nanti.

Kredit: Instagram Fizo Omar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*