Lepas Buat ‘Content’ Kentut, Tiktoker Nak Jumpa Panglima TLDM Pula

GURAUAN membawa padah.

Tindakan seorang TikToker menghina aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu akhirnya memakan diri apabila teruk menerima kecaman ramai.

Enggan menegakkan benang yang basah, TikToker dikenali sebagai Zuraida Nasir itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial.

Tangkap layar permohonan maaf dibuat oleh Eyda.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada pihak TLDM mengenai konten yang tidak disengajakan dan tiada niat sekali pun untuk merendahkan kekuatan aset TLDM.

“Saya memohon maaf sangat-sangat sempena Syawal masih menjelang ini,” katanya.

Terdahulu Zuraida atau Eyda mengundang kemarahan ramai apabila dia menghasilkan video lakonan aksi kentut di atas Kapal Diraja (KD) Selangor ketika sambutan ulang tahun TLDM yang ke-89 di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu pada 30 April lalu.

Walaupun sekadar lakonan ia dilihat seolah-olah menjatuhkan maruah TLDM.

Selain itu Eyda yang sudah pun pulang ke Semenanjung turut menyatakan hasrat bertemu Panglima TLDM, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob bagi membuat permohonan maaf.

“Konten di TikTok saya sudah ditutup dan sebarang penyiaran di mana-mana media sosial yang dipost semula oleh orang atau page lain adalah bukan di bawah kawalan dan tanggungjawab saya.

Antara content creator tak ada ilmu… kapal TLDM semua ada tauliah dan aset negara.
JAZLI HASSAN
“Saya berharap agar konten tersebut turut dipadam agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan perdebatan lagi di masa hadapan,” katanya lagi.

Walaupun video berkenaan sudah ditarik semula oleh tuan badan dengan memadamnya, kandungan (content) tersebut dimuat naik semula oleh beberapa akaun di plaform media sosial lain.

Tangkap layar komen Jazli Hassan terhadap video tular.

Malah, seorang pelayar di Facebook Jazli Hassan turut mengutarakan pendapatnya yang tidak bersetuju dengan tindakan Eyda tersebut.

“Antara content creator tak ada ilmu. Kapal TLDM semua ada tauliah dan aset negara. Kentut dekat mikrofon (pembesar suara) bukan sesuatu content cerdik.

“Ini penghinaan. Mikrofon tu digunakan laungan azan dan sesuatu yang penting. Harap diberikan hukuman yang keras dan setimpal. Sampah punya content,” ujarnya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*