
Madu kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim iaitu Umisya Mazlan tampil menjelaskan tujuan dia dan suami, Ahmad Aslam membuat siaran langsung bersama di TikTok pada malam, Selasa.
Tarikh keluarkan produk
Ketika siaran langsung (live) tersebut, Umisya berkata dia dan suami terpaksa juga melakukannya disebabkan sudah menetapkan tarikh itu untuk mengeluarkan produknya.
Menurut Umisya lagi, dia berharap semua netizen tidak bercakap mengenai perkara lain yang tiada kaitan dengan produk jualannya.
“Misya nak cakap, kitaorang buat live malam ini untuk beg kuning release malam ini adalah kerana hari ini adalah tarikh yang memang kena release produk.
“Jadi bukanlah untuk ambil kesempatan atau apa. Untuk live malam ini, Misya kena ikut date yang Misya nak release produk Misya. Kebetulan ada perkara-perkara yang terjadi.
“Korang janganlah drag apa-apa perkara yang di luar live ini tau,” kata Umisya.
Dalam live tersebut juga, Umisya memberitahu dia ada menyediakan hadiah untuk sesiapa yang membuat pembelian awal produknya.
Hadiah bukan Aslam
Bagaimanapun, Umisya menegaskan hadiah yang diberikan bukanlah Aslam seperti yang dikatakan netizen di ruang komen siaran langsung tersebut.
“Hadiah dapat Aslam? Ala tak nak la bagi Aslam sebabnya tak worth it (berbaloi). Hadiah dia, kita bagi yang diperlukan semua,” kata Umisya secara ringkas.
Pada Sabtu lalu, Marissa dilaporkan dikejarkan ke sebuah hospital apabila mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.
Susulan itu, Marissa, 19, dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan namun bayi pra matang dilahirkan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.
Perkara itu turut disahkan oleh suami Marissa iaitu Ahmad Aslam yang juga memohon orang ramai mendoakan keadaan isterinya ketika ini.
Sumber MStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply