Masih Ingat Penyanyi Yang Digelar Ricky Martin Malaysia, Begini Kehidupan Dia Sekarang!

” 21 tahun berlalu dan ni lagu masih melekat di kepala otak aku..bukan senang menyanyi sambil menari tau..!”

Itu antara komen netizen yang masih mengingati lagu Melodi Hati nyanyian Shawn Baharin di mana videonya tular semula.

Sebut sahaja nama Shawn Baharin, pasti ramai teringat dengan kelincahan penyanyi itu menari ala latin sambil mendendangkan lagu.

Barangkali disebabkan itu Shawn digelar Ricky Martin Malaysia.

Selain itu, beliau juga turut mendapat gelaran tersebut kerana irama muzik yang dipertaruhkan oleh Shawn dalam industri seni suara pada ketika itu telah difenomenakan oleh penyanyi kelahiran Puerto Rico iaitu Ricky Martin.

Melodi Hati adalah merupakan album studio rakaman tunggal penyanyi Shawn Baharin yang diterbitkan pada 1999.

Antara lagu-lagu hits popular didalam album ini adalah Melodi Hati, Rosmaria, O.E.O dan Ceria Kembali.

Manakala lagu Melodi Hati turut berjaya layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-15 bagi kategori Pop Rock dimana itu adalah merupakan persembahan penampilan pertama dan terakhir beliau didalam acara anugerah muzik berprestij tersebut.

Di mana Shawn Baharin sekarang?

Ramai peminat tertanya-tanya di mana dan apa perkembangan Shawn sekarang.

Menerusi carian, tidak banyak yang dijumpai berkenaan perkembangan terkini Shawn.

Shawn bukan sahaja telah mengundur diri dari dunia seni ketika namanya masih diterima peminat, malah telah berpindah dan menetap diluar negara.

Difahamkan melalui laman sosial adiknya penyanyi Anis Suraya, Shawn kini aktif menyanyi di luar negara.

” Pertemuan singkat kami adik-beradik. Terpisah antara benua mencari peluang seni yang ada. Rezekinya di luar negara,” tulis Anis.

Pernah dikaitkan bakal masuk GV

Pada tahun 2020, pernah timbul spekulasi mengatakan bahawa Shawn bakal sertai program realiti Gegar Vaganza.

Spekulasi itu muncul selepas Shawn atau nama sebenarnya Yang Mulia Tengku Shamsul Baharin bin Almarhum Tengku Sulaiman pulang ke tanah air setelah sekian lama menetap di luar negara.

Malah sebuah akaun peminat turut diwujudkan kononnya penyanyi yang berwajah tampan ini bakal membuat ‘comeback’.

Pulang Kerana Kemangkatan Ayahanda

Namun begitu, ianya mungkin sekadar telahan peminat kerana difahamkan Shawn pulang ke tanah air kerana kemangkatan ayahanda tercinta, Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 14 Ogos 2020.

Profil Shawn Baharin yang tak ramai tahu

Pemilik nama sebenar YM Tengku Shamsul Baharin bin Almarhum Tengku Sulaiman ini menginjak usia 51 tahun.

Dilahirkan pada 2 Oktober 1973 di Kuala Terengganu, Shawn mendapat pendidikan di University of Luton, Bedfordshire di United Kingdom.

Beliau merupakan anak kelahiran negeri Terengganu dan merupakan sepupu kepada Sultan Terengganu iaitu DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin Al-Watiqu Billah Shah.

Shawn dilahirkan dalam keluarga yang rata-rata amat meminati bidang seni di mana beliau merupakan adik kepada Tengku Shaharum, Juara Asia Bagus 1996.

Beliau juga abang kepada penyanyi terkenal era 90an, Anis Suraya yang terkenal dengan lagu Cinta Tersimpul Rapi.

Pencapaian dan anugerah

Antara anugerah yang pernah dimenangi oleh Shawn adalah muncul Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-7 (2000) dan tercalon dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Lelaki).

Sementara itu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-14 (2000), Shawn tercalon sebagai Penyanyi Lelaki Popular. Manakala lagu beliau Melodi Hati tercalon di Anugerah Juara Lagu ke-15 dalam kategori pop rock.

Sumber Sinar2u

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*