Penerbit popular, Datuk A.Aida berkongsi berita gembira dimana bakal menerima menantu seorang juruterbang malah tidak meletakkan sebarang syarat mengenai jumlah wang hantaran.
Menurut laporan Kosmo, penerbit yang berusia 53 tahun itu enggan untuk masuk campur mengenai perkara tersebut kerana dia mahu memberi ruang kepada anak sulungnya, Wan Az Aleesa serta bakal menantunya untuk membuat keputusan.
“Soal itu (wang hantaran) saya tak kisah langsung. Saya serah kepada anak saya dengan bakal suaminya.
“Saya tak pernah tanya berapa bakal menantu nak bagi wang hantaran apa semua. Sebab apa? Duit? I have everything (saya ada segala-galanya),” ujarnya.
Bukan itu sahaja, A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang hanya mahu seseorang yang boleh menjaga serta membahagiakan anaknya bahkan, sanggup menerima RM1 sebagai wang hantaran.
“Duit saya dah ada. Saya cuma nak seseorang yang boleh membahagiakan anak saya. Bakal menantu saya itu nak bagi hantaran berapa pun saya terima. RM1 pun saya terima,” katanya lagi.
Sebelum ini, A.Aida memaklumkan anak perempuannya itu bakal menamatkan zaman bujang selepas dirisik oleh jejaka yang bernama Zain Azrai Abdul Aziz.
Difahamkan, majlis pertunangan akan diadakan pada 20 Mei ini dan pernikahan bakal berlangsung pada 15 Julai depan jika tiada sebarang halangan.
Sekadar info, Wan Az Aleesa merupakan anak sulung A.Aida hasil perkahwinan bersama dengan penyanyi terkenal, Ameng Spring.
Sumber Bn.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply