Mengadu Sesak Nafas, Ali XPDC Kena Serangan Jantung, Mohon Doa Orang Ramai

VOKALIS kumpulan XPDC iaitu Ali mengalami serangan jantung selepas mengadu sesak nafas pada pagi Rabu.

Isteri Ali iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned memberitahu suaminya dikesan mengalami serangan jantung ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

“Suami mengadu sesak nafas pagi tadi dan saya terus membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

ali xpdc 2

Isteri Ali berkongsi keadaan suaminya.

“Ketika di unit kecemasan, pihak hospital melakukan ujian ECG (Elektrokardiogram) dan mengesan dia terkena serangan jantung.

“Ali ditahan di wad untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Buat masa sekarang saya masih belum dimaklumkan rawatan apa pihak hospital akan lakukan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Dalam pada itu, Sharifah berkongsi keadaan Ali ketika ini stabil walaupun masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Sharifah memberitahu mereka sudah berada di Ipoh, Perak sejak seminggu lalu bagi mendapatkan rawatan alternatif.

Ketika bertemu seorang ustaz, dia memberitahu Ali mempunyai masalah terhadap organ dalaman dan menasihatkan agar dia mendapatkan rawatan di hospital.

ali xpdc 3

Ali berdepan masalah kesihatan sejak dua tahun lalu.

“Setakat ini dia masih boleh berjalan dan makan seperti biasa. Saya lihat keadaannya stabil walaupun menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Saya dan Ali cuba mendapatkan rawatan alternatif dan seorang ustaz memberitahu ada masalah organ dalaman,” jelasnya.

Ali mula mengalami masalah kesihatan sejak Ogos 2022 selepas rebah secara tiba-tiba.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*