Mertua Dah Pesan Jgn Rapat Dgn Boss Suami Nnti Jadi Madu, Satu Hari Boss Suami Nazak, Aku Terkejut Tgk Dia Xjaga Aurat Dpn Suami, Tak Sangka Rupanya

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Sekadar ingin meluahkan rasa rindu pada seseorang. Umurku 36 tahun. Seorang isteri dan bekerja sebagai penjawat awam. Maaf agak panjang coretan hati ini. Aku seorang yang happy, manja dan good looking la secara fizikalnya. Cepat naik angin dan suka rasa diri aku saja yang betul (sikap buruk). Mempunyai ramai abang dan kakak.

Aku dibesarkan dalam suasana yang manja. Walaupun pada waktu kecil kami hidup susah tapi kasih sayang abang dan kakak ku membuat aku seorang yang tak berapa nak usaha sangat untuk belajar.

Aku berkahwin pada usia 22 tahun, manakala suamiku pada usia 30 tahun. Sangat pendiam, cool and tak berapa peramah. Jauh beza dengan aku yang sangat banyak cakap. Perkenalanku hanya mengambil masa 2 bulan sahaja.

Suami terus melamar dan emaknya datang meminang. Walaupun abang abangku meminta aku berfikir dahulu, tetapi sebab aku gatal dah kot. Terus kahwin.

Aku dan suamiku bertemu semasa aku bercuti di Turki dan suamiku bekerja di sana. Dalam flight. Dia yang tegur aku. Sebab aku dan kawan kawan macam tak berapa reti sangat (konon ber bagpackers sangat lah).

Aku pun layankan je la. Rupanya dia tau semua tempat yang kami nak pergi. Apa lagi aku pun ambil kesempatanlah. Tak sangka dia sanggup pula susah payah untuk kami selama kami di sana.

Tiba-tiba kami didatangi seorang perempuan semasa makan di sebuah restoran. Memula aku fikir itu kakak dia atau mak cik dia. Muka suami ada berubah sikit. Perempuan tu kenalkan diri, Kak Min. Dia cakap dia boss suami aku.

Orangnya sangat cantik, lemah lembut, gaya percakapan pun memang tau yang dia seorang yang sophisticated. Kak Min melayan kami dengan baik sekali.

Malam tu dia belanja kami duduk hotel yang mahal. Telan air liur juga tengok rate dia. Ok la. Balik Malaysia. Mak mertua datang meminang dan kami kahwin dengan meriahnya.

Aku duduk di JB. Suami ulang alik Malaysia-Qatar-Turki-Kazakhstan. Hubungan aku makin rapat dengan Kak Min, bila suami tak ada Kak Min mesti ada teman aku.

Kadang-kadang aku gurau dengan dia. Akak jadilah madu saya. Hahaha. Dia senyum dan gelak sama-sama. Mak mertua juga selalu datang jenguk aku. Kadang-kadang mak mertua yang cemburu bila aku terlalu manja dengan Kak Min.

Mak mertua kata, jangan baik-baik sangat, nanti jadi madu. Aku diam. Sejak tu bila Kak Min tahu yang mak mertua datang, dia takkan datang rumah aku. Suami macam biasa kerjanya yang selalu tinggalkan aku. Lepas 2 tahun kahwin, aku masih lagi tak dapat baby. Suami suruh ambil anak angkat.

Kak Min pulak kerap suruh aku buat rawatan kesuburan. Cepat-cepat dapatkan anak dari rahim aku sendiri. Memula aku gelak-gelak je, tapi dalam hati risau. Kenapalah aku tak mengandung lagi.

Kebetulan, abang aku seorang doktor, aku pun mula paksa abang aku bawa aku buat ujian sama ada aku ni boleh mengandung atau tidak. Alhmdulillah, aku tiada masalah. Tapi aku senyap-senyap je. Cuma family aku saja yang tahu, lagipun aku tak mau la stress kan suami aku.

Suami aku mula paksa aku ambil anak angkat, tapi aku masih belum get ready nak ambil. Mak mertua pun suruh aku ambil cepat-cepat. Satu hari, Kak Min bawa aku ke hspital. Aku ingatkan kenapa.

Rupanya dia bawa aku jumpa dengan kawannya. Pakar skit puan. Aku terangkan pada Kak Min yang aku dah buat semua ujian. Dia diam dan minta maaf padaku. Aku mula bosan bila Kak Min selalu kena outstation ke luar negara.

Aku minta izin suami buat license scuba sebab kawan-kawan ajak. Suami izinkan. Bermulalah aku busy dengan hobi baru aku. Bila cuti saja aku akan berscuba di pulau-pulau dalam dan luar negara. Aku dah jarang jumpa dengan Kak Min. Aku semakin sibuk dengan hobi baru aku.

Pantang ada cuti aku dan kawan-kawan pergi ke tempat tempat yang baru. Kadang-kadang bila suami balik, aku tak jumpa pun dengan suami. Kadang-kadang suami ikut aku pergi scuba.

Sehinggalah pada suatu tu aku terjatuh cinta dengan sesorang. Orangnya biasa-biasa saja. Pendiam, tak hensem tapi ada tarikan yang buat aku suka sangat-sangat dengan dia. Sebenarnya dia tak tahu status aku.

Dia ingatkan aku tak kahwin lagi. Aku mula berbalas-balas mesej dengan dengan dia. Makin lama makin terjatuh cinta. Dia masih bujang walaupun terlajak banyak umurnya. Aku tanya kenapa tak kahwin.

Dia cakap pernah terjatuh cinta pada sesorang tetapi cintanya tak berbalas sebab orang yang dicintainya tak suka pada orang Melayu. Aku fikir dia gurau-gurau tapi memang betul-betul. Bujang terlajak sikitlah dia.

Dalam tempoh 3 bulan kami berkenalan, tiba- tiba dia mahu meminang aku. Aku takut tapi pada masa yang sama aku suka sangat-sangat pada dia aku cuba elakkan diri dengan buat alasan yang aku ni tak ready lagi. Dia cool. Dia beri tempoh dan cakap suka gila kat aku.

Dalam hati boleh la aku match kan dia dengan Kak Min. Aku pun buat plan yang nak terserempakkan aku-dia dan Kak Min. Tapi dia langsung tak berminat pada Kak Min. Dia paksa aku untuk jumpa mak dan ayahnya, aku lagi tak keruan.

Kak Min macam boleh rasa apa yang berlaku di antara kami. Tiba-tiba suami balik dengan keadaan tergesa-gesa. Aku pula semacam rasa menyampah pula tengok suami.

Lama suami sujud di sejadah time Maghrib sampai ke Isyak. Terus pluk aku dan cakap, kalau abang salah maafkan abang dan jangan tinggalkan abang. Dalam hati tiba-tiba terus rasa menyampah pada Kak Min dan suami.

Lama suami di Malaysia, aku pulak makin rindu dengan dia. Tiap hari dia call aku tapi tak angkat or reply pun. Aku bagi alasan nak bertenang dan berfikir. Dia terus mendesak. Aku serba salah. Rasa suka dan cinta pada dia semakin dalam.

Tiba-tiba dia muncul kat tempat kerja aku. Aku gelabah. Dia minta untuk jumpa aku. Aku kaku, aku turun dan dia menangis, baru dia tahu yang aku ni isteri orang.

Aku minta maaf. Aku kata padanya yang aku nak gurau-garau je usik dia masa mula-mula dulu, tak sangka aku terjatuh cinta pada dia. Dia merayu minta aku berpisah dengan suami. Aku terkedu. Aku diam dan naik semula.

Kak Min makin selalu merapati aku, membimbing dan memberi nasihat. Dia merayu aku untuk setia bersama suami. Aku buntu dan sentiasa rindukan dia.

Aku bertenang dan mula belajar masak, buat kek dan sibukkan diri dengan kelas-kelas mengaji. Tapi masih tak oleh lupakan dia. Suami makin kerap balik dan Kak Min makin jarang aku jumpa. Aku sengaja menjauhkan diri dari Kak Min.

Suatu hari dalam situasi yang kelam kabut Suami balik dan minta aku bersiap ke hspital dan Aku panik, rupanya Kak Min cnser serviks dan memang tiada peluang untuk pulih. Terduduk aku, suami kulihat tetap tenang, sesekali Kak Min pandang suami dengan pandangan yang sukar untuk aku baca.

Aku terdetik, selama ni Kak Min sentiasa menjaga aurat jika dengan suami, tapi kali ni tak. Bahkan suami menolong mengangkat Kak Min turun dari katil jika hendak ke bilik air.

Aku ni bukanlah orang yang cemburu sangat pun, tapi pelik sebab selama ni suami memang menjaga adab dan pergaulannya. Aku sedih lihat Kak Min. Di mulutnya sentiasa memohon ampun dan maaf kepadaku. Tak lama Kak Min bertahan.

Seminggu selepas tu, Kak Min pergi mnglkan kami. Kak Min anak tak sah taraf yang ditinggalkan oleh ibunya kepada seorang muallaf. Jadi, kami lah yang menguruskan jen4zahnya.

Pemergian Kak Min rupanya membuka satu rahsia yang besar kepadaku. Aku fikir aku lah isteri pertama kepada suami. Rupa-rupanya aku isteri kedua. Allahuakbar. Aku kelu tak terkata. Sedih. Aku lari ke utara tanah air dan bertenang di sana.

Aku buat permohonan serta merta untuk bertukar dan diterima. Aku berdiam diri selama beberapa bulan. Si dia masih tak berputus asa. Bila tahu situasi aku makin kerap dia datang kepadaku.

Dengan tegas menyuruh dan mendesak aku menuntut fasakh. Rasa rindu untuk suami masih bersisa. Aku kuatkan diri untuk bertemu suami.

Suami memohon ampun dan maaf, katanya pernikahannya bukan atas dasar cinta, tetapi demi menyelamatkan maruah.

Perkahwinan mereka tidak pernah didaftarkan di Malaysia. Suami menyatakan tidak pernah bersama sepanjang tempoh pernikahan akibat tr4uma Kak Min, rupanya dia telah dirgol oleh lelaki bangsa asing yang membuatkan dia trauma berpanjangan, sehingga terpaksa mengambil pil penenang.

Aku tak tanya dengan lebih lanjut. Aku hanya diamkan diri saja. Tak pasti sama ada cerita itu palsu atau benar sehinggalah secretary Kak Min beri aku sebuah coretan yang agak panjang untuk semua persoalan aku.

Menangis aku membacanya. Sekarang aku seorang isteri yang taat pada suami, aku juga dah dapat baby 3 bulan yang lepas.

Lahirnya bayi yang amat ditunggu membuatkan cintaku pada suami semakin dalam. Rindu pada Kak Min sentiasa menjengah.

Suami dah bekerja di Malaysia sejak aku disahkan mengandung. Si dia masih tak kahwin tapi dah jadi bff kami suami isteri. Alfatihah untuk Kak Min, kami sentiasa rindukanmu.

Sumber KRT.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*