Mesra berpelukan siap pegang tangan, akhirnya Keith Foo dan Tiz dedahkan sesuatu!

AKSI mesra pelakon Keith Foo dan Tiz Zaqyah berpegangan tangan dan berpelukan dalam satu rakaman video mengundang pertanyaan peminat yang mahu mengetahui status hubungan pasangan ini.

Tampil menjawab spekulasi itu, Keith, 40, memberitahu hubungannya dengan Tiz hanyalah sekadar teman rapat dan tiada istilah cinta seperti tanggapan ramai.

“Tak perlulah saya komen fasal hal itu. Tiada ada pun yang istimewa. Kami memang rapat sejak dari dulu lagi.

keith foo 2

Ramai yang mula buat andaian Keith dan Tiz kini sedang bercinta.

“Terpulanglah kepada orang ramai nak fikir apa,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Sebelum itu, menerusi satu rakaman video dikongsi di Instagram, Keith dilihat berpegangan tangan dan berpelukan sehingga ada yang menganggap kedua-duanya sedang bahagia bercinta.

Akaun milik satu jenama produk kecantikan itu turut memuat naik foto Keith bersama Tiz dengan kapsyen tanda hati.

Menyedari perkara itu akan menjadi bualan peminat, Keith menjelaskan Tiz merupakan rakan niaga dan mereka saling menyokong antara satu sama lain.

“Saya tahu orang akan bercakap tentang hal itu… tapi saya tak perlu ambil pusing atau memberi respons. Saya juga tidak membaca komen di media sosial.

Terpulanglah kepada orang ramai nak fikir apa

KEITH FOO

PELAKON

“Ia sekadar hubungan dalam perniagaan dan kami saling menyokong antara satu sama lain,” ujarnya.

Ditanya status terkini hubungannya, aktor ini hanya memohon orang ramai mendoakan agar dia dipertemukan dengan seseorang.

“Doakan yang baik-baik,” jawabnya ringkas.

keith foo 3

Keith masih belum bertemu pengganti selepas bercerai pada 2019.

Untuk rekod, Keith sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka memiliki seorang cahaya mata iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia enam tahun.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*