Netizen Kantoikan Shuib & Watie Rupanya Pernah Bersentuhan? Tak Sangka Sebab Ini Boleh Jadi Kantoi

Tindakan sebuah jenama kedai barangan kemas memuat naik gambar ‘photoshoot’ pelawak, Shuib dan isterinya Watie Hanifiah dalam dua persalinan pengantin mengundang pelbagai reaksi netizen di laman Instagram sejak semalam.

Gambar itu memaparkan Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah memakai koleksi emas sambil ‘berposing’ bersama suaminya susulan mendapat tajaan daripada jenama tersebut bagi majlis perkahwinan mereka.

Gambar sebelum nikah?

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu meluahkan rasa kurang senang dengan mendakwa gambar mesra berkenaan dirakam sebelum pasangan itu bergelar suami isteri.

Berdasarkan tinjauan, difahamkan gambar Shuib dan Watie mengenakan salah satu persalinan songket berwarna ‘soft turquoise’ itu pernah dimuat naik oleh seorang penata gaya, Feiruz Sohor di Instagram pada 12 Jun lalu.

 

Berikutan itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pasangan terbabit dalam soal menjaga batas kerana bukan sahaja bergambar rapat sebaliknya turut bersentuhan tangan meskipun belum sah diijabkabulkan.

Tak sepatutnya berlaku sebelum nikah

‘Photoshoot’ ni sebelum nikah kan?

Kenapa sentuh macam ni sebelum nikah?

Bukan main rapat.. kantoi macam tu je?

Jumaat lalu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menamatkan zaman dudanya selepas hampir dua tahun menjalani kehidupan solo.

Terdahulu, dia mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011 namun penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkahwinan bersama Allahyarham, Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Sumber OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*