“Kau tak layak…pangkat lagi kecik”- Pegawai kanan polis tengking anggota bawahan

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita mendakwa dirinya pengawai kanan polis menghina dan menengking anggota bawahan di hadapan khalayak ramai.

Menerusi hantaran tular, wanita berbangsa India itu mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan kepada anggota polis berkenaan dengan mengatakan mereka tidak layak menegurnya.

“Kad kuasa kau tak ada. Kau tak layak ambil IC dan kad kuasa aku lah. Lu pangkat Lans Koperal saja, bukan OCPD. Kau tak layaklah, kau pangkat kecil dari akulah. Kau bukan OCPD lah nak bercakap dengan aku. Pangkat dahlah rendah,”tengkingnya.

Difahamkan isu tersebut bermula apabila pihak polis menerima panggilan aduan awam daripada talian kecemasan 999 dan memaklumkan terdapat seorang wanita menyamar sebagai pegawai polis.

Setibanya di lokasi kejadian, mereka mendapati wanita terbabit sedang duduk dalam kereta Perodua Bezza yang dilihat seakan berada di bawah pengaruh alkohol.

Sumber berkata, wanita tersebut hadir ke lokasi berkenaan bagi mengutip hutang lama daripada seorang wanita India sebelum pihak polis meminta kad pengenalan ‘pegawai kanan’ tersebut.

Malangnya, wanita tersebut enggan memberi kad pengenalan, sebaliknya meminta pihak polis berkenaan menyatakan kesalahan yang dilakukan sebelum bertindak menengking dan menghina.

Dalam pada itu, wanita berkenaan mendakwa dirinya sebagai pegawai kanan polis dari Bukit Aman meskipun sekadar menunjukkan bahagian belakang kad kuasa yang tertera G204.

Sementara itu, laporan polis telah dibuat dan mereka meminta agar pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standarf (JIPS), Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Gombak serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP), Putrajaya bagi menjalankan siasatan.

Sumber: Twitter @mynewshub, TikTok @edisi9official, The Reporter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*