Pekerja ‘Offshore’ Tak Sangka Lepas Terserempak Dengan Rakan Doktor, Rupanya Dia Tanggung 4 ‘Anak Orang’ Secara Serentak!

Siapa sangka pengorbanan seorang suami bekerja keras demi keluarganya dibalas dengan penipuan daripada isterinya sendiri?

Itulah kisah seorang lelaki yang terpaksa menelan hakikat bahawa anak yang disaranya selama ini bukan darah dagingnya sendiri.

Menerusi satu hantaran di X, seorang pengguna berkongsi kisah bagaimana rakannya yang merupakan pekerja luar pesisir atau ‘offshore’ hanya mempunyai dua anak kandung walaupun menanggung enam cahaya mata selama ini.

“Kawan aku lagi win. Empat daripada enam anak dia adalah anak orang,” kata individu berkenaan.

Individu tersebut bercerita, rakannya itu mengambil keputusan untuk tetap bersama isterinya kerana dua daripada enam orang anaknya itu merupakan darah dagingnya sendiri.

“Kawan aku decide untuk stay untuk anak-anak dan dua anak terakhir itu dia punya,” ujar individu terbabit.

Pada ruangan komen pula, individu berkenaan juga menjelaskan bahawa tona kulit empat anak yang pertama berbeza dari rakannya.

Malah, dia turut berkata ujian asid deoksiribonukleik (DNA) itu dibuat tanpa sengaja kerana rakannya itu mempunyai kenalan doktor yang mempunyai akses kepada peralatan untuk ujian tersebut.

“Kebetulan dia berjumpa dengan doktor yang ada akses kepada peralatan untuk ujian DNA. Itulah yang dia ambil kesempatan.

“Bukan instict. Dia terjumpa doktor itu secara kebetulan dan mengambil kesempatan untuk memeriksa DNA keluarga dia. Dia tidak menjangka kebenaran itu.

“Semua ini adalah aturan Allah, dan dia masih boleh berpura-pura di hadapan isteri dia. Sebab dia rasa seperti isterinya telah berubah, saya pun tidak pasti,” katanya.

Lebih mengejutkan, individu itu turut mendedahkan bahawa keempat-empat anak yang bukan milik rakannya itu mempunyai bapa yang berbeza-beza.

Dalam pada itu, individu terbabit turut memberi amaran kepada mana-mana pekerja ‘offshore’ untuk memeriksa DNA anak masing-masing bagi memastikan kejadian serupa tidak menimpa mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang menyuarakan rasa simpati mereka terhadap si suami.

Sumber KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*