”Perginya Di Hari Jumaat..” Meninggal Akibat Kanser

IBU kepada pelakon Liyana Jasmay iaitu Datin Habsah Simpon meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap empat di Hospital Kuala Lumpur sekitar pukul 8.30 pagi Jumaat.

Berita pemergian wanita berusia 66 tahun itu dikongsi oleh pengurus kepada Liyana iaitu Nor Hazwani Jamil.

Menurut Hazwani atau Wani, Habsah baru sahaja disahkan menghidap kanser berkenaan kira-kira dua bulan lalu dan menghembuskan nafas terakhir selepas dua minggu menerima rawatan di hospital.

liyana1 - 1

Liyana sangat menghargai pengorbanan Allahyarham ibunya.

“Ibu Liyana sakit pun tak lama sebab baru dua bulan lalu dia didiagnos menghidap kanser limfoma tahap empat.

“Malam tadi (Khamis) ibu Liyana memang dalam keadaan agak teruk apabila tahap oksigennya semakin rendah.

“Pihak keluarga mengambil keputusan untuk Habsah ‘pergi’ dengan tenang dan pagi tadi Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir,” katanya ketika dihubungi mStar.

Difahamkan jenazah akan disolatkan di Masjid Al Iman Kemensah, Selangor dan dikebumikan sejurus kemudiannya.

Pada malam Khamis, Liyana memuat naik foto bersama ibunya di Instastory dengan kapsyen menghargai setiap pengorbanan yang telah dilakukan oleh wanita berkenaan.

Kata Liyana, Habsah sering menemaninya termasuk sewaktu dia belajar di luar negara dan meninggalkan bapanya di Kuala Lumpur.

“Kerjaya saya, hidup saya, masa yang ibu luangkan untuk saya, tunggu saya sehingga habos shooting dan apa saja yang ibu lakukan buat saya gembira.

“Tak pernah tau ada mak yang teman anak belajar di luar negara berbulan-bulan, tinggalkan ayah dan ayah pun sanggup lepaskan ibu hanya untuk menjaga saya.

liyana2 - 1

Liyana reda pemergian ibu.

“Saya sangat bertuah mempunyai ibu bapa yang hebat. Itu sebab kamu sangat istimewa, mama saya yang cantik,” katanya.

Pada 17 Disember 2021, bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada usia 68 tahun.

Difahamkan, Allahyarham berjuang melawan penyakit itu sejak 2020 dan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kemensah, Hulu Kelang, Selangor.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*