Pernah Tular Kisah Diracun Rakan Sendiri, Keadaan Terkini Cico Harahap Buat Ramai Terkejut!

Pelakon era 90-an, Cico Harahap, yang pernah popular menerusi filem seperti Puteri Impian dan Mami Jarum, kini menghadapi cabaran kesihatan yang serius. Pada April 2024, Cico dilaporkan mengalami masalah jantung yang menyebabkan kakinya membengkak, memerlukan rawatan di Hospital Ampang, Selangor.

Ramai yang mungkin tidak tahu mengenai kejadian ‘mistik’ menimpa anak penyanyi veteran Uji Rashid iaitu Cico Harahap beberapa tahun lalu.

Ketika itu, Cico yang pelakon dikhabarkan sukar untuk bercakap dan tidak mengenali sesiapa dipercayai menjadi mangsa penganiayaan pihak tertentu.

Uji Rashid says son Cico is doing much better now

Menurut rakan artis, Salimey Abu Bakar, Cico memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai sumber pendapatan sejak berdepan masalah kesihatan, kerana tiada pihak yang mahu mengambilnya berlakon disebabkan masalah percakapan yang dialaminya.

Cico Harahap Tiada Sumber Pendapatan Sejak Sakit – Seeni

Masalah kesihatan Cico dipercayai berpunca daripada insiden pada 2016, di mana beliau didakwa diracun oleh rakan sendiri semasa menghadiri majlis hari lahir. Ibunya, penyanyi veteran Uji Rashid, mendedahkan bahawa selepas kejadian tersebut, Cico mengalami muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah.

“Buat pertama kali saya mendedahkan perkara ini secara terbuka. Terdapat pelbagai versi cerita dan desas-desus mengenai keadaan anak saya.“

“Sebenarnya Cico bukanlah disihir tetapi diracun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumanya,” katanya.
Menurut Uji, racun yang diberikan itu boleh membunuh dalam masa empat jam namun dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur panjang untuk merasai nikmat kehidupan.

Beliau juga berkongsi cerita mengatakan anaknya terus rebah selepas minum minuman tersebut ketika sambutan majlis hari jadi rakannya sebelum ditinggalkan tanpa bantuan.

“Saya difahamkan racun itu memberi kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Namun saya bersyukur Cico sudah pulih…“…walaupun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik,” ujarnya.

Cico Harahap Kenalkan tunang kepada Umum (3 gambar) | OH! Honey

Sejak itu, Uji Rashid menghadapi cabaran besar dalam menjaga anaknya, termasuk terpaksa meminjam wang daripada rakan untuk membayar bil hospital.

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam mengagihkan bantuan kepada Cico dan ibunya. Presiden Seniman, Zed Zaidi, menegaskan bahawa nama Cico sentiasa termasuk dalam senarai penerima bantuan.

Walaupun berdepan dugaan berat, sokongan daripada rakan-rakan artis dan masyarakat diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Cico Harahap dan keluarganya.

Sumber RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*