Pertama Kali Watie Dan Shuib Berdua-Duaan Di Langkawi, Akhirnya Mereka Dedah Apa Yang Jadi

ISTERI kepada Shuib iaitu Watie mendedahkan bulan madu bersama penyampai radio Suria FM itu adalah kali pertama mereka berdua-duaan sepanjang tempoh perkenalan mereka.

Watie atau Fati Nikmatul Adawiah Hanifiah, 35, berkata, percintaan yang dilalui bersama Shuib sebelum ini tidak seperti pasangan kekasih lain kerana kebiasaannya pertemuan antara mereka akan disertai sama ada anak-anak, rakan atau pun ibunya.

“Dia (Shuib) selalu minta bersabar sebab bercinta dengannya memang tidak macam orang lain

watie shuib 2

Shuib dan Watie memilih Pulau Langkawi untuk berbulan madu.

“Bila pergi dating bawa kawan, anak-anak dan mak. Jalan tak berpimpin tangan, tiada ‘dinner date’, tiada travel berdua-duaan,” katanya.

Watie mendedahkan perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

Ketika ini, Shuib dan Watie sedang berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.

Kongsinya lagi, sebelum ini Shuib pernah secara sembunyi membuat kejutan sempena sambutan ulang tahunnya kerana bimbang kisah percintaan mereka akan diketahui umum.

Malah ketika menghadiri sambutan itu, Watie memberitahu Shuib duduk di meja berbeza dan hanya memerhati daripada jauh kerana tidak mahu ada pihak salah faham.

Allah nak kita lalui segala detik itu disaat yang tepat. Sekarang kami tahu erti sebenar berbulan madu

“Suprise birthday saya pun dia duduk meja berasingan. Pandang-pandang saja dari jauh.

“Rupanya sabar itu indah. Allah nak kita lalui segala detik itu disaat yang tepat. Sekarang kami tahu erti sebenar berbulan madu,” katanya yang menyifatkan Shuib sebagai anugerah terindah dalam hidupnya.

Watie dan Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, sah bergelar suami isteri pada majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam pada Jumaat.

watie shuib 3

Shuib sah bergelar suami Watie pada Jumaat.

Pasangan ini kemudian terbang ke Pulau Langkawi berdua sebagai destinasi berbulan madu sebelum pergi bercuti bersama anak-anak Shuib di Turkiye.

Shuib memilik empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*