SEJAK kebelakangan ini, tular beberapa rakaman video di media sosial memaparkan kes penderaan anak kecil.
Terbaharu, muncul pula kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Ia didedahkan oleh selebriti dan penyanyi rap, Caprice di laman Instagram dan juga Telegram miliknya pada awal pagi Khamis, selepas menerima kiriman mesej daripada pengikutnya bagi meminta jasa baik orang awam untuk mengesan pelaku kes dera agar diheret ke muka pengadilan.
Video,
Berdasarkan laporan polis oleh ibu mangsa yang turut dimuat naik dalam perkongsian tersebut, anak kecilnya didera oleh teman lelaki hanya kerana membuat bising.
Menurut wanita berkenaan, dalam kejadian pada pagi Rabu (semalam), kekasihnya memukul anak perempuannya itu dengan menggunakan penyangkut baju selain turut menampar muka.
Ujar wanita itu lagi, dia cuba melindungi si kecil dengan menghalang tindakan kasar lelaki berkenaan namun gagal.
Akibat perbuatan lelaki itu, kanak-kanak itu mengalami bengkak pada bibir, mata lebam dan anggota badan penuh dengan kesan lebam serta berbirat.
Beberapa keping gambar memaparkan kecederaan kanak-kanak tersebut turut dimuat naik.
Hebahan di Facebook yang meminta orang ramai membantu mengesan lelaki yang didakwa sebagai pelaku kes dera tersebut.
Wanita itu berkata, dia bersama anaknya kemudian dihantar pulang ke rumah ibunya di Setapak Jaya oleh lelaki tersebut.
Ketika di rumah ibunya, lelaki berkenaan melarikan diri selepas menyedari kehadiran kereta peronda polis dan tidak dapat dikesan sehingga kini.
Susulan itu, wanita tersebut tampil membuat laporan polis pada hari yang sama.
Kedua-dua beranak tersebut juga dihantar ke hospital oleh anggota polis untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki berkenaan dan menggesa agar suspek segera diberkas polis untuk menerima hukuman setimpal.
“Ringan je tangan aku ni… jumpa orang macam ni, memang lunyai!
“Sebaya anak saya. Sakitnya hati tengok… mesti menangis-nangis masa kena pukul.
“Harap kerajaan usul hukuman yang lebih berat kepada orang macam ni… biar dia tahu langit tinggi ke rendah!” demikian antara komen netizen.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply