Tak perlu minta maaf, Ryzal Ibrahim bukannya hina golongan B40

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim tampil memberi pejelasan berhubung sebuah video tular yang dimuat naik sebelum ini yang dikatakan seolah-olah menyindir golongan B40.

Nafi hina golongan B40

Pemilik nama Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim berkata, tujuannya berkongsi video tersebut hanyalah mahu memberi kesedaran dan bukannya menghina golongan B40 seperti yang telah disalah anggap kebanyakan netizen.

“Sebenarnya video itu menceritakan realiti apa yang berlaku dalam hidup kita sekarang. Saya lihat konten saya bukan satu hinaan.
“Video itu sebenarnya beri kesedaran untuk golongan B40 untuk berjimat tetapi disalah ertikan. Kalau tiada duit, kenapa perlu berbelanja banyak sehingga berhutang?”ujarnya.

Patutnya kena berterima kasih

Tambah Ryzal, mereka seharusnya berterima kasih kepada dirinya kerana sudi berkongsi sebuah konten yang memberi ke arah kesedaran.

“Mungkin golongan macam ini (B40) sangat sensitif dengan sindiran. Sepatutnya saya beri kesedaran itu kenalah berterima kasih,”ujarnya lagi.

Ryzal berkata demikian sewaktu ditemui pada sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH) yang diadakan di stesen KTM Kuala Lumpur, Jumaat malam.

Tak perlu minta maaf

Meskipun menerima banyak kecaman, bapa kepada seorang cahaya mata itu enggan membuat permohonan maaf secara terbuka kerana yakin dirinya tidak bersalah.

Sebaliknya, Ryzal menganggap kecaman yang diterimanya itu seperti masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.

“Saya tak rasa itu satu kesan kepada saya. Mungkin mereka tidak faham maksud sebenar disebalik video tersebut, mereka tidak memahami isi tersirat.
“Namun ada juga yang mesej saya dan berita mereka minta maaf kerana tidak faham maksud sebenar pada awalnya. Tetapi lebih jelas lepas tonton video penjelasan.
“Mereka perlu sedar perbelanjaan mereka lebih dari pendapatan. Saya tidak akan minta maaf kerana saya tidak salah,”katanya lagi.

Tak takut kehilangan pengikut.

Sementara itu, pempengaruh berusia 31 tahun itu mengatakan dirinya tidak takut sekiranya kehilangan pengikut kerana yakin segala rezeki datangnya dari Allah.

Ryzal bagaimanapun akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan sebarang konten untuk disajikan kepada pengikut pada masa akan datang.

“Semasa saya post video tersebut hanya mahu kongsikan ruti kehidupan saya. Namun jika saya post begitu akan kelihatan saya macam mahu menunjuk-nunjuk. Tetapi saya tidak menggambarkan itu kerana ramai yang ingin hidup senang tetapi tidak namun.

Saya fikir video itu bagus untuk gurauan dan sindiran tetapi ia menjadi satu isu yang besar. Cuma konten sebegitu saya akan lebih berhati-hati akan datang,”jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ryzal dan isteri, Maryam turut tercalon dalam ABPBH35 menerusi kategori Content Creator Popular.

Sumber: Instagram @ryzalibrhm, OhBulan (Shahrin)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*