
Kemeriahan hari bahagia pasangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann masih dirasai dalam kalangan tetamu yang diundang ke majlis resepsi di sebuah resort terkemuka di Langkawi, pada Sabtu lalu.
Terbaharu, tular satu video memaparkan gelagat rakan artis iaitu Ain Edruce menjerit perkataan ‘kiss’ ketika Dini menyarungkan cincin kepada Janna meminta pasangan mempelai berciuman.
Rakaman tersebut dimuat naik oleh akaun @freakbellaz dalam aplikasi TikTok sehingga meraih 1.4 juta tontonan dalam kalangan netizen sejak semalam.
Video,
“Kemain ha Ain Edruce sampai nak terkeluar anak tekak tu,” tulis @freakbellaz.
Turut kedengaran jeritan suara oleh beberapa individu lain seperti ‘kiss now’, ‘we want kiss’ dan ‘cium’ sambil ketawa antara satu sama lain.
Menjengah di ruangan komen, rakaman berdurasi 18 saat itu menerima lebih 1,000 komen netizen yang rata-rata mengaitkan situasi berkenaan dengan kehadiran pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar.
Mereka menyifatkan segelintir tetamu sepatutnya menghormati Ustaz Wadi yang kelihatan duduk di kerusi barisan hadapan yang sudah pasti kurang selesa dengan situasi terbabit.
Patut la ustaz balik awal
Baru faham apa yang ustaz jelaskan
Ustaz mesti tak selesa
Ustaz duduk depan sekali
Terdahulu, segelintir netizen meluahkan rasa segan dengan berpendapat bahawa Janna sepatutnya lebih peka apabila mengundang agamawan apatah lagi tampil dengan busana pengantin yang tidak menutup aurat.
Susulan itu, pendakwah tersebut menjelaskan bahawa beliau meminta izin kepada ‘tuan rumah’ bagi meninggalkan majlis lebih awal selepas membaca doa serta mendengar ucapan daripada pasangan pengantin.
Sumber BN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply