Puteri Sarah Ditanya Adakah Dia Akan Membuka Hati Untuk Menerima Bekas Suami, Tak Sangka Ini Jawapan Beliau!

Kuala Lumpur: “Ini adalah takdir yang sudah tertulis buat mereka,” kata pelakon, Puteri Sarah Liyana mengenai perceraian bekas suaminya, Syamsul Yusof dengan Ira Kazar, hari ini selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.

Puteri Sarah ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia enggan memberikan sebarang komen terhadap penderitaan orang lain.

Puteri Sarah harap dilepaskan cara baik

“Saya dan Syamsul sudah tiada apa-apa ikatan hanya berurusan hal anak-anak saja.

“Apa yang berlaku hari ini, saya tak nak komen apa-apa. Saya enggan menambah penderitaan sesiapa,”katanya.

Ditanya adakah dia akan membuka hati untuk menerima bekas suaminya itu, Puteri Sarah berkata, fokus utamanya kini hanya untuk anak-anak.

“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah.

Puteri Sarah: Biodata Pelakon dan Usahawan Wanita Berjaya

“Saya nak cari duit untuk anak-anak. Saya nak besarkan mereka sebaik mungkin,”katanya.

Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali dibuat Syamsul terhadap Ira Kazar sejak 14 Ogos lalu.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habis mengesahkan perkara itu selepas meneliti semua dokumen difailkan Ira pada 21 Ogos lalu.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Bagaimanapun pasangan ini berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*