“Kami Tahu Arwah Sakit Jantung, Tapi Dia Nak Rahsiakan”, Ini Rupanya Punca Sebenar Arwah Rahsiakan Sakit Jantung Yang Dihidapi

Pelakon senior, Didie Alias dan keluarga mengetahui tentang sakit jantung dihadapi oleh bekas suaminya, Allahyarham Ridzuan Hashim yang menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, dia pernah berbincang dan meminta anak-anak untuk menemani Ridzuan yang juga aktor oleh kerana arwah tinggal bersendirian.

“Kami semua dalam keluarga memang tahu bahawa arwah menghidap sakit jantung sejak tiga tahun lalu. Tapi, dia nak rahsiakan sebab takut tak dapat tawaran kerja.
“Tiga tahun lalu, dia pernah diserang serangan jantung selepas bermain bola. Jadi, apabila dia sesak nafas, dia dibawa ke hospital dan sejak itulah kami tahu dia sakit jantung.
“Dia tinggal bersendirian, jadi kami anak beranak berbincang untuk anak-anak menjaganya. Jadi, sejak tahun lalu, anak saya Muhammad Dhanial menjaganya di rumah dan menemaninya.
“Kami takut benda-benda tak diingini berlaku bila dia bersendirian,” kata Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali.

Didie berkata, arwah sepatutnya menghadiri majlis perkahwinan Dhanial yang akan berlangsung dua minggu lagi sekali gus membuatkan anak mereka itu terkilan tanpa kehadiran bapa.

“Dhanial akan bernikah pada 20 Mei nanti. Jadi, itu yang membuatkan rasa terkilan dan sangat sedih. Ayahnya beritahu, dia akan ikut ke Tawau untuk majlis pernikahan.
“Dhanial pun dah siapkan tiket penerbangan dan baju untuk ayahnya. Memang dia anak lelaki yang rapat dengan ayahnya. Memang ada rasa ralat sedikit sebab tak dapat raikan hari bahagia dengan ayahnya,” ujarnya.

Namun begitu, Didie bersyukur apabila mereka sekeluarga pernah berkumpul dan menyambut Hari Raya bersama dipercayai pada tahun lalu.

“Selepas lebih 20 tahun, kami disatukan semula dalam keluarga. Walaupun dia bekas suami saya, tapi kami beraya bersama dan saya bawa dia balik ke kampung mentua saya.
“Kami dalam keluarga panggilnya ‘baby’ sebab kami menjaganya seperti anak kecil.
“Dia memang sangat penyayang dengan anak-anaknya. Saya rasa gembira sangat kerana dua tiga tahun kebelakangan ini, kami dapat bersatu semula dan macam satu keluarga yang bahagia,” kongsi.

Untuk rekod, Didie dan Ridzuan berkahwin pada 1991 dan bercerai 11 tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri), Instagram Ridzuan Hashim & Dhaniyah Ridzuan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*