Disamakan Macam Cucu Dengan Nenek, Ini Kata2 Jasmin Hamid Bila Ramai Pertikai Suami Muda!

PELAKON Jasmin Hamid menyelar tindakan netizen mengatakan dia bersama suami, Nazmir Abd Rahim tidak sepadan sebaliknya menyamakan mereka seperti cucu dan nenek.

Bengang dengan perkara tersebut, Jasmin, 52, menganggap individu berkenaan seorang busuk hati yang cemburu dengan kebahagiaannya.

“Astagfirullahaladzim, azabnya mulut awak ini. Apa salah saya dekat awak? Awak sudahlah bukan pengikut media sosial saya.

jasmin 2

“Masuk tempat saya tinggalkan komen macam ini. Awak tahu tak awak dah sakitkan hati saya dan paling penting awak telah menidakkan kebesaran Allah,” katanya.

Jasmin berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya pada petang Sabtu bagi membalas semula komen netizen.

“Nenek dengan cucu,” kata netizen berkenaan.

Jasmin Hamid tak pernah jangka dapat kahwin lagi dengan anak teruna, buka  cerita kenapa hanya minta hantaran keperluan solat - Hiburan | mStar

Kata Jasmin, perkahwinan bersama suami yang jauh lebih muda dari usianya adalah rezeki yang Allah SWT berikan kepadanya.

Malah dia memilih untuk memaafkan individu tersebut meskipun kecewa dengan kata-kata berkenaan.

“Awak lupa ya, jodoh ajal dan maut… rezekinya semua dekat tangan Allah macam itu juga saya bila dijodohkan suami muda itu adalah rezeki saya dan kententuan Allah.

Jasmin dan Nazmir mendirikan rumah tangga pada 2021.

Diperli seperti 'ibu-anak' sebab suami muda, Jasmin Hamid minta netizen  jaga adab

“Tak apa saya maafkan kekhilafan awak dan saya doakan awak menjadi manusia yang lebih baik,” ujarnya.

Untuk rekod, Jasmin dan Nazmir mendirikan rumah tangga pada November 2021.

Sebelum itu, Jasmin pernah mendirikan rumah tangga bersama Ian Rashid pada tahun 2000 dan berpisah pada 2008.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ian Haziq.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*