
KETIKA nama Aliff Aziz kembali menjadi bualan hangat, netizen mendapati akaun Instagram ibu kepada penyanyi dan pelakon itu sudah dinyahaktifkan.
Menerusi carian mStar, akaun Siti Hafiza Basharahil sudah hilang susulan kontroversi terbaharu anaknya dengan seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine.
Sebelum ini, Hafiza dilihat sering memuat naik kata-kata hikmah merujuk kepada kemelut yang berlaku antara Aliff dan isterinya iaitu pelakon Bella Astillah.
Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff menjadi bualan ramai sejak Mac lalu.
Pada pagi Isnin, nama Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 33, kembali menjadi sebutan hangat netizen apabila Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama pelakon drama Terjerat itu sejak awal Januari lalu.
Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama seorang aktres pada Mac lalu.
Menerusi hantaran di muat naik di Instagram, Sarah juga berkongsi foto mesra bersama Aliff dan paparan skrin mesej antara aktor itu dengan pelakon dipercayai Ruhainies.
Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Bella kemudiannya memfailkan cerai pada 13 Mac lalu secara ekspres namun pada sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, pelakon kelahiran Singapura itu enggan menceraikannya.
Aliff memberi alasan dia masih sayangkan Bella dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply