PADA pagi raya, sudah tentu ramai dalam kalangan kita mahu tampil menyerlah menggayakan pakaian tradisional Baju Melayu dan Baju Kurung.
Oleh itu, segelintir pihak sanggup mengenakan baju-baju tradisional yang ‘diubah’ supaya nampak lebih unik bagi meraih perhatian orang ramai.
Akan tetapi, ada sesetengah perubahan yang dibuat oleh pereka-pereka fesyen terhadap baju-baju tradisional dianggap sebagai terlalu ekstrem sehingga menghilangkan identiti ‘kemelayuan’ itu sendiri.
Itulah yang terpaksa dihadap oleh pereka fesyen selebriti, Arma Abdul Rahman selepas dikritik kerana salah satu koleksi Baju Melayunya yang bertemakan ‘see-through’ memperlihatkan bahagian badan dan kaki si pemakai.
Rekaan itu meraih pelbagai komen negatif warganet di mana rata-ratanya menganggap baju berkenaan memalukan serta merosakkan imej Melayu.
“Design memang minta kena kecam, dah kena jangan marah. Memalukan, dah lah tak lawa.”
“Merosakkan adat Melayu, ni lah masalah pereka fesyen, nak berfesyen tak kena tempat.”
“Buat sesuatu benda biarlah ikut dan patuh dengan agama!”
Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama Majalah Wanita, Arma mendedahkan bahawa tiada niat untuk ‘melucahkan’ Baju Melayu serta menerangkan rekaan itu dicipta mengikut kesesuaian cuaca di Malaysia.
“Kalau untuk lebih sopan boleh sahaja pakai singlet, Baju Melayu tu sesuai dengan keadaan dan cuaca di negara kita, tapi Arma tidak ‘melucahkan’ baju itu,” ujarnya.
Sementara itu, Arma turut menggesa orang ramai supaya tidak mengaitkan rekaan bajunya dengan komuniti LGBT. -Gempak
Sumber Awani
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply