SELEPAS dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Selasa, penyanyi Rohana Jalil dilaporkan sudah sedarkan diri dan mula memberikan tindak balas positif.
Berkongsi perkembangan terkini, sahabat baiknya iaitu Jaafar Onn, 72, bagaimanapun memaklumkan Rohana masih lagi di bawah pemantauan pakar dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Alhamdulillah, saya baru dimaklumkan oleh anak Rohana iaitu (Kila) Kilafairy bahawa ibunya kini sudah sedar dan boleh berinteraksi.
Jaafar dan Rohana ketika membuat persembahan pada Ahad lalu.
“Namun, Rohana masih menggunakan alat bantuan pernafasan dan keadaannya masih dalam status kritikal lagi,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Jaafar memberitahu Rohana atau Dara Abdul Jalil, 68, tidak boleh menerima sebarang lawatan daripada rakan-rakan dan hanya menunggu perkembangan dikongsi oleh anak-anak penyanyi lagu Rayuan Ku itu.
“Apa yang kami tahu, Rohana kini sudah sedar dan kami sendiri pun hanya menunggu update daripada anak-anaknya menerusi group WhatsApp.
“Nak melawat ke hospital pun tidak boleh, jadi kami hanya mengetahui perkembangan Rohana menerusi anak-anaknya sahaja,” ujarnya.
Sementara itu, Jaafar memberitahu kali terakhir dia bertemu Rohana semasa mereka menjayakan persembahan nyanyian bersama di Plaza Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu.
Saya baru dimaklumkan oleh anak Rohana iaitu (Kila) Kilafairy bahawa ibunya kini sudah sedar dan boleh berinteraksi.
JAAFAR ONN
PENYANYI/PELAKON
Kata Jaafar, ketika itu dia dapat melihat keadaan kesihatan penyanyi berkenaan tidak begitu baik dan Rohana sendiri memaklumkan dia tidak sihat.
“Masa kami bertemu Ahad lepas, saya rasa kondisi dia sudah ditahap tidak baik. Tetapi, dia tetap menyanyi untuk menghabiskan empat buah lagu.
“Sebelum itu, dia memang ada cakap dia tak sihat. Perutnya sakit. Masa sedang menyanyi dia tidak boleh berdiri secara tiba-tiba,” jelasnya.
Pelakon drama siri Cili Padi ini pada awalnya membuat andaian kesihatan Rohana kurang baik disebabkan oleh diet pemakanan.
Malah, dia juga sebelum ini pernah memberikan nasihat kepada penyanyi itu untuk tidak terlalu ekstrem melakukan diet.
Rohana masih lagi aktif menyanyi.
“Saya rasa dia tu terlalu kuat berdiet. Dia betul-betul jaga makan. Jadi, dalam keadaan sekarang ni semua dah tak boleh makan, mesti termuntah.
“Saya ada nasihatkan dia, kita ini dah berumur. Macam saya cakap, dia pun dah 68 tahun. Jadi, jangan berdiet sangat.
“Tapi apa-apa pun saya mohon kita kita semua dapat mendoakan Rohana kembali pulih seperti dulu,” katanya.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply