
PELAKON Datuk Jalaluddin Hassan dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor sejak Rabu lalu akibat jangkitan kuman pada saluran kencing.
Jalaluddin, 69, berkata, dia menahan sakit sejak seminggu lalu dan hanya mendapatkan nasihat daripada anak saudaranya yang juga merupakan seorang doktor.
Namun penyakit itu tidak pulih sepenuhnya sehingga memaksanya mendapatkan rawatan di hospital.
Jalaluddin kini sedang berehat dan menerima rawatan.
“Sebenarnya sejak minggu lalu saya sudah mula rasa sakit pada bahagian pinggang. Awalnya saya hanya dapatkan rawatan daripada anak saudara saya yang juga merupakan seorang doktor.
“Pada mulanya saya rasa seperti sudah pulih… kencing pun dah tak sakit dan saya meneruskan pembabitan dalam Mega Spontan dan aktiviti kerja lain.
“Rupanya penyakit begini kena pergi ke hospital bukannya hanya buat rawatan biasa. Kemuncaknya Ahad lalu sakit ini menyerang semula sehingga saya perlu ke hospital,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, pelakon filem Pulang ini mengakui kesal kerana memandang ringan mengenai penyakit ini sehingga menyebabkan ia menjadi lebih mudarat.
Sebenarnya sejak minggu lalu saya sudah mula rasa sakit pada bahagian pinggang.
“Silap saya juga kerana tidak memandang sakit ini secara serius. Anak saudara saya sudah minta saya ke hospital tetapi saya kata padanya saya masih banyak kerja perlu diselesaikan.
“Dia agak kecewalah dengan saya kerana penyakit-penyakit seperti ini tidak boleh hanya dirawat dengan makan ubat kerana itu hanya sementara,” ujarnya.
Berkongsi perkembangan terkini, Jalaluddin memberitahu keadaannya sudah semakin baik namun perlu menjalani beberapa prosedur rawatan lanjut.
Dia bagaimanapun sedih kerana tidak dapat menyertai rakan-rakan lain dalam program Mega Spontan yang akan bersiaran pada malam Jumaat.
Rakan artis sempat melawat Jalaluddin di hospital.
“Keadaan saya sekarang baik-baik sahaja dan sedang mengambil ubat antibiotik. Doktor juga akan membuat pemeriksaan untuk lihat keadaan anggota badan saya yang lain sama ada turut terkesan atau tidak.
“Saya amat sedih juga kerana tidak dapat bersama dengan kawan-kawan yang lain dalam Mega Spontan. Saya sudah maklumkan kepada pihak Astro dan mereka juga faham dengan situasi saya.
“Buat masa ini, doktor menyarankan untuk saya berehat dahulu di hospital untuk menerima rawatan selanjutnya,” katanya.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply